Sunday, 15 September 2013

WHEN CELEBRITIES & TECHNOLOGIES COLLIDE..


Jum kita tengok selebriti yang giler teknologi gadget, yang bekerja sebagai pengarah kreatif di jenama tech dan juga yg membuat pelaburan di dalam dunia teknologi..



  • Ashton Kutcher, artis barat yang hensem dan femes rupa-rupanya seorang 'tech savvy'.. Beliau dikatakan sedang mencari satu lagi syarikat di Silicon Valley untuk membuat pelaburan baru, setelah foursquare dan Skype telah menjadi syarikat pelaburan beliau..
  • Pelakon "The two and a half men" ini juga memulakan "the A grade initiative", teknologi pelaburan dana selain dari yang lain-lainnya. 
  • ps : psstt..psstt.. Ashton, kalau u tak jumpa syarikat di Silicon Valley, jenguk-jengoklah syarikat di Teknologi Park Malaysia, Bukit Jalil kat Mesia ni, untuk membuat pelaburan di syarikat berteknologi, seperti Cellads.. Amacam???



  • 'Will I Am' memang sudah diketahui ramai akan kegilaannya dengan gadget berteknologi.. Ini terbukti daripada video musik yang dihasilkan oleh beliau.. Dia mempunyai banyak tech produk yang diilhamkan sendiri untuk iPhone dan baru-baru ini beliau telah melancarkan 'the i am++' yang mengubah iPhone kamera ke 14 mega pixel.. 
  • Dan ,beliau juga adalah Pengarah kreatif di Intel..  .
  • ps : pergghhhh.. geek lahh lu ni brader.. Will I Am, by any chance, boleh ker kita bekerja sama untuk penyediaan iklan bervideo di platform Cellads.. Call me if you're interested..


  • Lady Gaga - "love & hate figure" - telah membuat beberapa pelaburan, seperti di Turntable f.m, yang mana menyediakan "music sharing platform" dan "Backplane", dan telah bekerjasama dengan Google untuk pelancarannya..  
  • Beliau juga adalah Pengarah Kreatif di Polaroid dan telah mendesain satu printer untuk mereka.. Hebat juga pompuan yg sering buat kontroversi di atas dan diluar pentas ni.. 
  • ps : Kak Siti Nurhaliza, tak nak ker jadi cam Lady Gaga melabur di syarikat berteknologi.. hmmm.. kami boleh rekomenkan syarikat yang bagus untuk dibuat pelaburan..


  • Serena Williams, Leonardo DiCaprio and Lance Armstrong adalah di antara ramai pelabur yang telah melabur di syarikat Mobli, syarikat yang berpengkalan dari Israel, dimana sistem Mobli membolehkan pengguna berkongsi video dan gambar untuk pengalaman mereka seharian..  
  • ps : no komen ler.. 


  • 'The Adorable' Justin Bieber, ramai aweksss kata camtu, mempunyai banyak gadget yang berkait langsung dengan nama beliau, seperti "singing tooth brush" dan "beats audio headphones". 
  • Beliau juga telah melabur di Spotify, satu lagi syarikat yang menyediakan platform untuk berkongsi muzik.. 
  • ps : Justin, kalau lu okay, lu tak yah invest kat Cellads takut staffs Cellads culture shock.. Cuma bagi kitaorg letak iklan lu kat aplikasi kami, boleh?


  • Ingat lagi tak MC Hammer? Beliau sering menghadiri tech meeting di Silicon Valley dan menjadi antara penasihat semasa permulaan dancejam.com. 
  • Diberitakan, beliau and da-geng bekerja keras untuk "search engine" yang baru dinamakan WireDoo.. 
  • ps : errr.. Mr Penukul, ada kosong lagi tak utk kami invest n bekerjasama di WireDoo.. Im open for any further discussion.. Whatsapp me asap ok!


  • Ini  Dr. Dre' nyer produk. Dia telah bekerjasama dengan dengan sebahagian selebriti untuk mengendorse produk ini, termasuk oleh 50 Cent dan One Direction. 
  • Usain bolt telah mengendorse the Ludacris' soul Headphones.
  • ps : Doc, kita buat produk bundling nak tak, utk penetrate Malaysia market?? you know where to contaact me.. info@cellads.net.my



  • Siapa yang tak kenal Kim Kardashian..  Selain selebriti dan pembuat kontroversi, beliau adalah online co founder untuk syarikat "online shoe subscription" yang jualan kasarnya melebihi $60 Million sejak pertama kali dilancarkan.
  • Kim, gambar u tak melambangkan bisnes online u tu.. 



0 comments:

Post a Comment

Give Your Comment Here TQ.