Welcome To CellAds

Please Download Our Application Here http://cellads.net.my/get

Get Us Now!!

From Android Playstore / BB Appsworld

Enjoy Our Redemption

All For Free

It's easy and It's in your hand

Download for free and get redemption free, for more info visit our facebook.

Make Your Ads Here

We Create Colourful Ads.

Thank You For Visit Our Blog

Please visit our website, facebook, twitter and download our application TQ.

Showing posts with label blackberry. Show all posts
Showing posts with label blackberry. Show all posts

Saturday, 5 October 2013

BAGAIMANA MOBILE APLIKASI DAPAT MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PERNIAGAAN ANDA?







Smartphones atau telefon pintar telah menjadi satu trend di dalam penggunaan 'mobile phone' di masa kini dan akan menjadi satu "lifestyle" oleh semua orang tidak kira peringkat umur, lokasi atau status sosialnya mereka. Alasan yg paling mudah, pengeluar mobile phones tidak akan lagi mengeluarkan mobile phone yg dipanggil 'feature mobile phone', iaitu mobile phone yg ada sebelum era telefon pintar.  Kalau dulu Nokia yg terhebat untuk 'feature mobile phones', tapi kini telah merudum kepopularitian dan kewibawaannya di era telefon pintar.
Antara statistik atau informasi yang berkaitan dengan telefon pintar :
  • Lebih 1 billion daripada 4+ billion pengguna mobile phones seluruh dunia adalah  pengguna telefon pintar.
  • Dijangka pada 2014, penggunaan 'mobile internet' akan melebihi daripada komputer atau laptop internet. 
  • Di tahun 2012, lebih daripada 50% carian lokal atau aktiviti SEO dilakukan melalui dunia telefon pintar.
  • Di Malaysia pengguna telefon pintar pada 2012 adalah 30% daripada keseluruhan pengguna mobile phones, iaitu sekitar 9juta orang daripada keseluruhan 30juta pengguna mobile phones (melebihi daripada jumpal penduduk malaysia, 26juta).
  • Dijangka di tahun 2013, dunia telefon pintar di Malaysia akan meningkat kepada 50%.
  • Mobile aplikasi atau 'mobile app' menjadi trend perniagaan atau wadah media yang baru kepada pengguna-pengguna telefon pintar. 
Mobile aplikasi akan menjadi penting kepada mana-mana perniagaan yang mahu melonjak ke dalam dunia telefon pintar, kerana penggunaan 'mobile internet' akan menjadi satu kebiasaan dan keperluan kepada pengguna-pengguna telefon pintar. Syarikat-syarikat gergasi dunia seperti facebook, groupon, instangram dan juga aplikasi yg baru muncul seperti wechat, whatsapp, wase dll kesemuanya telah mengadaptasikan servis mereka di dalam dunia telefon pintar melalui mobile aplikasi masing-masing.
Persoalan kepada kita yang mempunyai perniagaan, sama ada perniagaan konvensional atau online, apakah kita telah berfikir dan bersedia untuk mengadaptasikan perniagaan yang sedia ada kepada platform telefon pintar dengan mengadakan mobile aplikasi perniagaan sendiri dan tahukah bagaimana caranya??? Juga persoalan yang harus dipikir adalah bagaimana mobile aplikasi dapat memberi lebih impak kepada perniagaan anda yang sedia ada??? atau anda hanya lebih kepada mengikut trend sahaja???
Disini kami ingin berkongsi informasi bagaimana mobile aplikasi dapat membantu di dalam perniagaan anda yang sedia ada, selain daripada dapat menjadi pengikut trend masa kini untuk perniagaan anda .



1. Mobile Virtual Office & Mobile Store yang efektif..

Kalau facebook, blogs atau platform online yang lain adalah untuk 'online store or marketing', tetapi dengan mobile aplikasi perniagaan anda ia dapat mengadakan 2 dalam satu, iaitu 1. "Virtual Mobile Office" yang efektif dan 2. wadah baru untuk 'mobile Store' anda. 
Bagaimana? :
  • Dari mobile aplikasi perniagaan, anda boleh mengadakan "Virtual Mobile Office" yang efektif untuk menguruskan dan melihat terus inventori, tugasan-tugasan pekerja, dan lain-lain urusan di pejabat anda walau di mana sahaja berada, selagi telefon pintar anda tidak kehabisan bateri atau kehabisan talian hayat limit/kredit operator.
  • Memudahkan pelanggan-pelanggan mengakses ke setiap laman elektronik perniagaan anda (seperti website, facebook, blogs, youtube, instangram dll) dimana2 sahaja mereka berada, seperti di dalam lrt, teksi, menunggu kawan atau boyfriend dll, hanya dari satu platform sahaja di telefon pintar mereka. Maka pertambahan masa melayari perniagaan anda sudah tidak lagi terhad dan mereka juga dapat membuat panggilan terus kepada anda kerana telefon sudah ditangan mereka. Mungkin anda akan dapat banyak jualan online pada masa pelanggan-pelanggan tersebut berada di dalam kesesakan lalulintas yang hebat. 
  • 'Centralise customer service' iaitu segala persoalan atau komen2 dari pelanggan anda atau 'online visitors' di kesemua online platform dapat di integrasi di satu platform sahaja dan bersama anda setiap masa dan dimana2 sahaja. Maka secara peribadi dapat menjawab pertanyaan atau komen dari pelanggan secara terus dan memastikan servis pelanggan yang tip top. . 



2. Sentiasa Bersama Pelanggan Anda - Online atau Offline

Jika mobile aplikasi perniagaan anda di muat turun oleh pelanggan2 di telefon pintar mereka,perniagaan anda akan sentiasa bersama mereka walau mereka tidak online. Kalau sekarang ini, pelanggan anda harus berada di hadapan laptop atau PC mereka dan harus online, tetapi dengan mereka telah memuat turun mobile aplikasi perniagaan anda, mereka dapat mengaksesnya dimana2 sahaja mereka berada.  Jika anda 'pre-upload' produk2 atau promosi-promosi di mobile aplikasi perniagaan anda, mereka masih akan dapat melihatnya walau berkeadaan offline.

Tak percaya?? cuba download 1 mobile aplikasi dan setelah sukses cuba anda offline telefon pintar anda. kemudian akses mobile aplikasi tersebut. Anda akan masih dapat melihat sebahagian informasi2 yg disediakan di dalam mobile aplikasi tersebut yang sebenarnya telah dimuat naik terlebih dahulu dan disimpan di dalam mobile aplikasi tersebut. Tetapi informasi yg dapat dimuat naik ini adalah terhad dan bergantung kepada faktor2 saiz dan bagaimana dinamik aplikasi anda untuk proses memuat naik dan menyimpan kandungan2 tersebut.


3. Promosi atau kempen yang efektif

Anda dapat menyediakan satu pendekatan yang efektif untuk promosi atau kempen perniagaan di mobile aplikasi anda kerana mereka akan melihatnya terus di telefon pintar mereka. Antara promosi-promosi yang dapat disediakan atau dijalankan di mobile aplikasi perniagaan anda adalah :

1. Push-note atau push-notification
Dengan push-note ini anda dapat menghantar informasi promosi anda kepada kesemua pelanggan atau sesiapa sahaja yg telah memuat turun mobile aplikasi anda dengan percuma. notifikasi 'push-note' adalah seperti "pop-up" sms yang mereka dapat melihatnya di telefon pintar mereka. Dengan "push-note" ini anda boleh mengadakan pelbagai promosi atau mengingatkan mereka tentang promosi yang akan atau sedang dijalankan secara "real-time".

2. Menyediakan satu menu di mobile aplikasi anda khusus untuk mewar-warkan produk-produk promosi yang akan berjalan atau sudah berjalan. 
3. Menggunakan mobile aplikasi anda yg telah dimuat turun sebagai bukti untuk mendapatkan diskaun yang anda sediakan. Ini akan menambah pelanggan-pelanggan yang lama atau yang baru untuk memuat turun mobile aplikasi anda untuk membuat penebusan diskaun. Walau di mana mereka berada, mereka dapat terus menuju ke premis perniagaan anda dan seterusnya membeli produk2 anda untuk mendapatkan promosi diskaun, tanpa perlu untuk 'print' atau menggunting keratan akhbar atau membawa flyer, yang mereka juga mungkin sudah lupa dimana mereka telah letakkan 'promosi fizikal' tersebut.




4. Komuniti Perniagaan anda

Dengan jumlah pelanggan atau sesiapa yang memuat turun mobile aplikasi anda, secara tidak langsung telah menjadi ahli komuniti perniagaan anda di dalam dunia telefon pintar. Ini akan menguntungkan perniagaan anda kerana dengan tersedianya komuniti perniagaan anda sendiri, anda dapat mengadakan "Customer Loyalty Program" (CLP) tanpa perlu mengeluarkan modal untuk mengadakan sistem untuk CLP tersebut. Secara lama kelamaan, komuniti anda akan bertambah dan berganda dan hasil jualan daripada komuniti mobile aplikasi anda sendiri mungkin sudah cukup untuk mendapatkan jualan minima yang diperlukan bagi menguruskan kos-kos operasi perniagaan anda.




5. Perniagaan anda tersedia di pasaran dunia
Dengan mempunyai mobile aplikasi di playstore (android) atau itune(I-phone) atau AppWorld (BB) atau kesemuanya, secara otomatis anda akan mempunyai laman-muka perniagaan anda sendiri di dunia telefon pintar. Ketiga-tiga tempat ini dapat diakses oleh kesemua pengguna telefon pintar di seluruh dunia, mengikut jenis-jenis telefon pintar yg seperti diatas, dan dapat memuat turun mobile aplikasi anda, jika mereka berminat untuk mengetahui produk-produk anda dengan lebih lanjut. Bayangkan, mungkin ada mat saleh di England atau black di Afrika atau pak Arab di Dubai memuat turun mobile aplikasi anda adalah merupakan seorang peniaga yang sememangnya mencari produk2 seperti apa yang ada di perniagaan anda, maka mobile aplikasi anda berpotensi melonjak perniagaan anda dan menjadi satu wadah pemasaran perniagaan global yang sangat efektif (dan tiada kos tambahan pula tu) tanpa anda sendiri sedarinya. Menarik bukan?

Bagaimana untuk semua ini dapat terjadi??? Bagaimana untuk memulakan wadah perniagaan di dalam dunia pintar dengan kos permulaan yg rendah?? Jika anda berminat, sila email kepada kami di info@cellads.net.my dan tinggalkan nama anda dan syarikat dan nombor yg dapat kami hubungi untuk membuat temu-janji agar kami dapat menjelaskan dengan terperinci bagaiman untuk anda melonjakkan perniagaan anda di dalam dunia telefon pintar yang semakin menjadi trend dan "lifestyle" terkini.

CellAds, mobile advertising kami yang terbaru, dapat meluaskan promosi perniagaan anda di dunia telefon pintar.. Jika anda memakai telefon pintar android atau blackberry sila klik link http://cellads.net.my/get untuk memuat turun mobile aplikasi kami yang unik dan kreatif ini..

Friday, 27 September 2013

GAJET-GAJET MENARIK UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK ANDA DI DALAM PEMBELAJARAN..

Kalau zaman dedolu, cakap pasal gajet untuk bantuan pembelajaran sekolah memang tak ada langsung kecuali buku-buku latihan dan kotak pensil yang mungkin lebih besar dari Samsung smartphone korang sekarang.. perkataan 'gajet' pun rasanya tak der dalam kamus bebudak zaman dedolu.. Tapi sekarang kalau nak buat homeworkpun kena minta tolong pakcik google atau sms kengkawan nak bertanya pasal homework.. Dolu kene terjerit-jerit bagi salam kat depan pintu rumah kawan kalau nak bertanya pasal homeworks..  
Tapi tahukah anda selain dari "smart mobile device" anda yang anak anda guna utk bergoogle (tapi sebenarnya main games dan tengok youtube yang lebih) atau bersms ngan kengkawan sekelas mereka untuk menyelesaikan masalah homeworks mereka, ada gajet-gajet yang khusus untuk ini. Malah lebih menarik, fantastik dan  amat sesuai untuk anak anda mendapatkan bantuan pembelajaran yang bercirikan teknologi terkini.. Jum kita lihat gajet-gajet yang menarik ni..

Powered-up pen

Duracell: Cpen
Nama gajet yg pertama ini ialah, wireless/Bluetooth CPen 3.5 digital highlighter, (panjang bebenor namanya). CPEN 3.5 (bagi nama pendek ler kat gajet ini) adalah alat bantuan pembelajaran dan ulangkaji untuk kategori canggih yg amat untuk anak-anak anda, Macamanakah gajet ini berfungsi? Begini kisahnya...  CPEN 3.5 ini boleh digunakan untuk mengumpul informasi, mengambil nota, mengulangkaji dan juga mempelajari bahasa-bahasa lain.. Banyak bantuan tu, cam tak yah hantor anak ke tuisyen jer dah ni.. hehehe.. yang terbagus adalah untuk pelajar yg mengidap dyslexic, dimana gajet ni boleh skan teks, mengalih bahasa dengan suara yang kuat. Pastu text juga boleh dihantar ke smartphones dan tablet melalui komunikasi wifi ataupun bluetooth..  Tabik spring teman kat gajet ni..cpen.com

Curious minds

Duracell: Kurio
Untuk Curious Mind ni gajetnya nama Kurio tablets.. Ia adalah gajet yang terbaik kalau anda mau ada 'parental controls' dan 24/7 memfilter internet, takut-takut kalau anak-anak terklik atau tertaip benda yg ntah apa-apa, maka Kurio tablets akan menjadi gajet yang anda idamkan untuk mereka (mungkin untuk suami anda juga.. hehehe). Model terbaru, the Kurio 4S Touch, dengan 4GB memory dan bateri 3200mAh, adalah gajet yg cukup kecil yang dapat dimuatkan didalam poket seluar dan juga boleh memainkan HD video, ada 'preloaded apps, e-book dan juga wi-fi untuk internet akses. Hebatkan?  kurioworld.com

Pint-sized pack of power

Duracell: Power pack
Ini adalah portable charger oleh Duracell, jenama pun dah terkenal di bidang bateri membateri ni kan. Jika anda mau portable charger yg powerful dan tahan lebih lama daripada yg dari china nyer, cuba ler try Duracell ni yg berkeupayaan 1800 mAh. Juga boleh dicharge pakai laptop, jadi anak-anak anda boleh ler menambah ilmu dengan Kurio tablet sampai tersengguk-sengguk dan lebam macam iklan dalam astro tu.. yang kambingpun terkezut nengok muka dia..

Kalau bergayut kat smartphone pula, charger ni boleh bertahan sampai 5 jam.. Hebat tu.. rasanya anda yang pakai sendiri jer terus, walau nawaitu awal nak bagi pada anak, iya tak?.. duracell.co.uk





Smart.Redemption


Anak-anak perlu diberi semangat, bukan sahaja dari segi moral tetapi juga dari segi material..

Yang ini untuk membantu anda memberi semangat kepada anak-anak secara materialistik, setelah mereka mengulangkaji dengan hebat sampai Duracell tu pun dah tercungap-cungap minta nyawa..

Dengan Ads.Point yg dikumpul secara percuma di Cellads app, anda dapat menebus vouchers seperti KFC, McD, topup, GSC dan banyak lagi, juga dengan percuma, dan boleh ler diberikan kepada anak anda sebagai memberi semangat dan tanda menghargai anak anda yang rajin mengulangkaji.. tak payah keluar duit.. semuanya percuma!!!

 Dengan Cellads boleh ler adakan macam2 voucher untuk anak anda setiap bulan, kalau bukan setiap minggu.. Semuanya akan dihantar terus kerumah anda setelah anda menebus voucher tersebut.. Semuanya hanya di cellads..

Tak payah kuar duit, tak payah kena collect kat mana2 dan sudah tentu Semuanya percuma di Cellads

Sunday, 8 September 2013

APAKAH KEMANISAN YANG ADA DI ANDROID MOBILE OS?


Cewahhh Si Android ni.. Ada style!
Android adalah Mobile OS yang menggerakkan di lebih 1 billion smartphones & tablet seluruh dunia. Versi pertama di dalam pasaran dilancarkan pada September 2008 dengan terlancarnya smartphone HTC Hero..Tahukah anda kesemua versi Android ini dinamakan bersempena nama bertemakan "sugary treat" atau "desserts" dan di dalam turutan alphabet (kecuali versi 1.0 & 1.1).. Boleh anda namakan semuanya? Jum kita susuri satu persatu versi Android ini dengan bermula versi 1.5 yg dinamakan...



Android 1.5 Cupcake
 Dilancarkan pada April 2009, Android versi 1.5 ini yang pertama dinamakan bersempena dengan tema "dessert series". Versi Cupcake ini mempunyai ciri-ciri untuk "video uploading", "text prediction" dan wireless music streaming"




Android 1.6 Donut
Dilancarkan pada September 2009, Donut telah menambah baik dari versi Cupcake sebelum ini, terutamanya applikasi photo dan video. Google Map juga diperkenalkan.



Android 2.0/2.1 Eclair
Versi 2.0 dilancarkan pada December 2009 & diikuti oleh 2.1 di dalam Januari 2010. Versi ini dikatakan seperti "single release" untuk kebanyakan orang, membolehkan penggunaan Bluetooth, "multi-touch support" dan "live wallpaper", antara ciri-ciri yang lain.

 
Android 2.2 Froyo

Dari perkataan "Frozen Yoghurt" (hmm.. teringat Snogurt), versi 2.2 Froyo ini dilancarkan pada May 2010. Versi ini mempunyai kelajuan OS yg lebih, menyokong hi-definition resolusi skrin dan Adobe Flash 10.1. Kelebihan lain adalah pengguna dapat membuat "stream videos" melalui "mobile browsers" mereka. Ia juga ada tambahan ciri untuk "Wi-Fi hotspot connectivity".


Android 2.3 Gingerbread
Android 2.3 Gingerbread, pertama kali dilancarkan adalah pada December 2010. Versi baru ini menambah baik  penggunaan "Near Field Communications" (NFC), dimana pengguna pembayaran mobile dan penghantaran data hanya melalui "swiping" smartphones mereka ke atas tag. Ia juga ditambah dengan ciri-ciri lebih dari 1 kamera dan lain-lain sensor.


Android 3.0/3.1/3.2 Honeycomb
Dilancarkan pada February 2011 dan pada tahun yg sama melancarkan versi 3.1 dan 3.2, telah menambah beberapa kelebihan ciri-ciri secara berperingkat seperti penambah baikan untuk tablet dan memberi "developer" mempunyai kelebihan di UI. Versi Honeycom ini juga membenarkan pengguna memuat fail media terus ke kad SD.



Android 4.0 Ice Cream Sandwich

Dilancarkan pada tahun yg sama dengan Honeycomb di bulan October, versi ini membuat "major overhaul" untuk Android UI, dengan menambah baik "contact menu", "keyboard layouts" dan kegunaan NFC. Ice Cream Sandwich juga optimise "unified platform" untuk dijalankan di kedua-dua tablets dan smartphones.



Android 4.1.x Jelly Bean
Dilancarkan pada Julai 2012, Jelly Bean meneruskan penambah baik versi Android yang sebelumnya, seperti operasi yg lebih pantas dan lebih "user-friendly". Juga dengan versi 4.x telah memberi "developers" membangunkan aplikasi yang berkualiti di atas platform Android, seperti Cellads aplikasi yg boleh di download terus di Android playstore https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en


Android versi baru 4.4
Cuba teka nama untuk versi Android 4.4 ini yang baru sahaja dilancarkan ini..
Hint : Ingat nama-nama versi Android ini adalah di dalam turutan alphabet.. Jadi selepas "J", apakah alphabet seterusnya??



Di bawah adalah versi CELLADS V1.0.7 yang turut "support" kesemua platform Android Versi 4.1.x Jelly Bean dan ke bawah.. CELLADS adalah aplikasi PERCUMA, UNIK, KREATIF & MEMBERI BANYAK KELEBIHAN KEPADA ANDA...








Thursday, 5 September 2013

REVIEW TENTANG 2 SMARTPHONES ANDROID YG TERHEBAT DI TAHUN 2013 SETAKAT INI



HTC ONE
HTC ONE di review sebagai smartphone Android yg terhebat di tahun 2013 setakat ini.. Heran takder lak ramai pakai HTC kat mesia ni.. Walau bagaimanapun, sesiapa yg pakai HTC ONE harus berbangga dengan review ni.. diberi pujian melambung ke atas desain yg hebat & menarik dan juga sebahagian "feature" dia dikatakan yg terbaik pernah smartphone dibuat utk android platform.. Ini mat saleh review, bukan cikgu saleh dalam "Oh! my english" tu tau... Near-perfect screen dengan kaler dan pandangan angle yg mantappp.. "Incredibly speedy performance" tulihnya, dan kualiti audio nya yg paling tip top yg pernah ada di dunia android setakat ini dan kamera dgn Ultra Pixel terbahekkk utk suasana romantik.. cahaya yg cam sepoi-sepoi bahasa gitu..
TAPI....

kamera dia bagus sampai kat situ jer dan keseluruhannya tak sampai ke tahap yg sepatutnya dan yg selalu HTC angin-angin kan.. Pada sesiapa yg tak reti nak alter gambo pakai photoshop tapi suka sangat kejap2 angkat handphone, buat kepala ngereng sikit dan cuba bermacam memek muka yg ter cute habis tu, dan tak kira dimana,  dinasihatkan usah ler beli HTC One ni.. nanti buat hilang mood jer tiap-tiap hari, atau mungkin tiap-tiap sejam sekali bad mood..  Okay kita gi yg nombor 2 lak..


SAMSUNG GALAXY S4
Galaxy samsung S4 ni di review jatuh ketempat ke-2 selepas HTC ONE.. yerr kerrr???? deme mat saleh kat US kate ler tapi cikgu saleh tak kata apa2 pun.. Utk review Galaxy S4 ni, kalau Galaxy S3 pun dah hebat, apa lagi yg baru jadi no. 4 ni.. muda, comel, bergetah dan bergaya lebih dari yg no. 3 .. memang sudah adat.. hehehee.. Tukang review ni juga kata terlampau banyak nak cerita pasal kehebatan Galaxy S4 ni, tapi yg paling nyata dan terhebat adalah kamera dia  yg menjangkau 13-megapixel tu.. Fuyyoo GempaQ!!!
TAPI.... ha'ah ada tapi nya..
Utk "TouchWiz UI" dia masih tidak menarik.. Tau ke apa TouchWiz UI tu yop? tak tau kalu, pak google ada.. tak tido lagi dia tu rasanyer.. tapi kalu dia tido pegi bayor pengeras kat telekom, boleh dia gerak pak google tu nanti lepas bayor.. peringatan utk teman juga! Seterusnya, juga ada sedikit2 lagi yg masih kurang terutama performance yg kengkadang tersenguk-sengguk dan amat mengharukan untuk smartphone yg bernama Galaxy S4 dan pastu juga Samsung ni guna cover plastik aje.. Cam tak real mat saleh tu kata dalam review.. like cheap cheap one..


CELLADS
Di Cellads kami support semua jenis android smartphones tak kira asal usul, keturunan dan warna cover dia.. dari yg dah masuk ke muzium android sampai ker yang buat catwalk keanggunannya bersama-sama tuannya.. Boleh download terus dari android playstore sekarang  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en dan juga utk Blackberry..
TAPI
iPhone belum lagi, sebab susah bebenor nak dpt approve dari itune utk aplikasi yg canggih macam Cellads ni.. Cuma ada 1 dalam dunia.. Cewahhh..
Cube lerr.. jgn malu-malu.. kalu baguih bagitau org lain, kalu tak baguih email ke kami di info@cellads.net.my utk kami bagi baguih lagi utk anda semua..

Sunday, 1 September 2013

Sejarah tentang Smartphones yang anda mungkin tidak tahu???


Apakah itu Mobile OS?
Mobile OS atau 'mobile operating system', adalah sistem operasi yang menjalankan smartphone, tablet, PDA atau 'digital mobile device'. Mobile OS adalah seperti 'operating system' untuk laptop atau PC kita yang kebanyakan kita guna 'Windows Operating System'.  Dengan adanya Mobile OS ini, maka penggunaan aplikasi-aplikasi software dapat disediakan dan digunakan di atas 'digital mobile device' yang disebut di atas, seperti aplikasi GPS, digital camera, bluetooth, peggunaan mobile internet dan juga aplikasi-aplikasi luar seperti instangram, wechat, games, whatsapp, Line dan banyak lagi.

Antara Jenama Mobile OS yang diperkenalkan dipasaran..
Ada yang tak pernah didengar langsung kan?



Tapi tahukah anda smartphones untuk iPhone, Samsung, HTC, Sony, Nokia dll mempunyai Mobile OS yang berbeza-beza dan diantaranya pula menggunakan Mobile OS yang sama?? Oleh kerana berbeza Mobile OS di antara smartphones yang ada di pasaran, maka berbeza juga lah cara mobile aplikasi dibangunkan untuk setiap Mobile OS ini.


Tahukah anda Smartphone yang pertama didunia??
Smartphone yang pertama adalah IBM Simon yang telah dilancarkan pada tahun 1994.Tetapi IBM Simon ini hanya sekadar berkebolehan untuk touchscreen, email dan dengan sedikit ciri-ciri laptop sahaja, tidak seperti Smartphones sekarang ini yang ciri-cirinya lebih daripada email dengan berbagai-bagai aplikasi kepintaran yang lain.

Ini lah dia Smartphones pertama didunia - IBM Simon
Father to all smartphones!!!
Cuba teka kenapa handphone ni tak sampai ke Malaysia? 

Tahukah anda sebelum smartphones adalah era PDA??
Pada tahun 1996 'Palm Pilot 1000 personal digital assistant (PDA)' telah diperkenalkan dengan  Palm OS sebagai Mobile OS. Kemudian Pada tahun 2001, Kyocera 6035 dengan Mobile OS yang sama dan Windows CE dilancarkan oleh microsoft untuk PDA berjenama seperti HP. Fungsi PDA hanya terhad dan hanya tertumpu kepada untuk menerima dan membalas email dan 'calender planner', selain daripada memiliki ciri-ciri yang sama seperti mobile phones yang lain ketika itu.. 


Dulu kira hebat ni brader.. Gaya, Mutu dan Keunggulan kata..
Kalau ada meeting kat luar, kalu tak der ni better cari excuse tak masuk meeting.. 

Tahukah anda Mobile OS smartphones yang pertama di dunia??
Sebenarnya, Symbian adalah moden mobile OS yang pertama digunakan di smartphone dengan pelancaran Ericsson R380 di pasaran di dalam tahun 2000. Kemudian telah digunapakai oleh Nokia untuk hampir keseluruhan model mobile phones mereka yang baru pada sekitar tahun tersebut.

Father to all Mobile OS!!!

Tahukah anda bila Blackberry diperkenalkan dengan menggunakan RIM Mobile OS??
Blackberry diperkenalkan pada tahun 2002. Kebanyakan orang melihat, dengan pelancaran Blackberry di dalam pasaran, maka bermula lah zaman kegelapan untuk Symbian dan PDA. Ini kerana fungsi-fungsi smartphones dan PDA telah diadaptasikan di dalam Blackberry dan Blackberry telah menambah fungsi Blackberry messenger (BBM), komuniti sosial yg pertama di dalam mobile phone, yang menjadikan Blackberry begitu popular sehingga penghujung 2011.
Tetapi pada tahun 2013, Blackberry telah melancarkan produk mereka, iaitu Q series dengan Mobile OS yang dinamakan Blackberry 10.
BB dengan RIM Mobile OS..
Banyak BB nyer produk range kan? Kat Malaysia cam sikit jer



Tahukah anda Mobile OS utk smartphones di Malaysia??
Selain daripada Blackberry Mobile OS (RIM dan Blackberry 10), ada beberapa mobile OS yang dominan di dalam pasaran smartphones di Malaysia, seperti :

1.   iOS 


Telah dibangunkan oleh Apple untuk Mobile OS "digital mobile device" dan telah diperkenalkan pertama kali di pasaran pada tahun 2007 sebagai fungsi "mobile phone" and "internet communicator." Iphone dikatakan sebagai pencetus revolusi 'mobile broadband' (dari 1G kepada 2G kemudian 2.5G, 3G dan seterusnya) di Amerika. Ini kerana populariti penggunaan Iphone yang bertambah, maka permintaan untuk penggunaan mobile internet menjadi bertambah dengan hebat, dimana mobile operator ketika itu hanya fokus kepada perniagaan 'voice' dan sms sahaja.  



2.  Window Phone 

telah dibangunkan oleh Microsoft untuk smartphones Nokia yang terbaru pada tahn 2010.


3.   Android
Free & Open Source
Dibangunkan oleh Google


Android Telah dibangunkan oleh Google dan dilancarkan pada tahun 2009 dengan berkonsepkan Mobile OS yang percuma dan terbuka (Open Source). Androids telah diguna pakai oleh Samsung, HTC, Ericsson, Sony. 

 Andorid versi terbaru adalah versi 4.3 dan setiap android versi dinamakan bertema "sweets or desserts items" seperti 'Cupcake (1.5), Frozen Yogurt ("Froyo") (2.2), Ginger Bread (2.3), Honeycomb (3.0), Ice Cream Sandwich (4.0) and Jelly Bean (4.1)'.
Oleh kerana Open Source, Android diguna pakai oleh banyak pengeluar smartphones sebagai Mobile OS mereka. 


Masih tertanya-tanya kenapa Google pilih nama Versi Android mereka camni..
Ada sesiapa yg tau mai habaq kat comment dibawah.. thks


Tahukah anda Apa itu Cellads??


Teka mana satu logo Cellads???

  • Cellads adalah satu mobile aplikasi yang telah dibangunkan di atas platform Mobile OS RIM (utk Blackberry) & Android (dari versi 1.5 sehingga 4.3). Pembangunan aplikasi Cellads bermula pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2012
  • Cellads dilancarkan secara tidak rasmi pada bulan April 2013 di Hard Rock Cafe KL.
  • Cellads adalah aplikasi percuma dengan berkonsepkan mata ganjaran dan penebusan percuma di mobile aplikasi untuk subscribers Cellads. (Mata ganjaran juga diperolehi dengan percuma).
  • Cellads boleh di download dari android playstore dan BB Appworld, atau klik link di bawah dari android atau BB anda sekarang!!.
  • Muat Turun Cellads Sekarang!!! 
  • Banyak Cash Voucher boleh ditebus.. Topup prepaid pun ada..
    PERCUMA Semuanya utk Cellads Subscribers

Tuesday, 18 June 2013

Apartment bernilai RM186 Juta




Tahukah Anda?? Harga hartanah di Hong Kong memang terkenal mahalnya. Apartment di Hong Kong baru-baru ini terjual dengan harga RM 186 Juta (HK 470 Juta).

Apartment mewah ini sebesar 6700 kaki persegi dan memenuhi seluruh tingkat lapan apartment yang direka oleh arkitek ternamaFrank Gehry. Kepada yang kurang mengenali Frank, beliau mereka Muzium Seni Gugenheim di Bilbao dan Dancing House di Prague.

Apartment di Opus Hong Kong ini merupakan apartment termahal di Asia dan kedua termahal. Apartment termahal di dunia terletak di One Hyde Park London yang terjual pada harga USD 105 Juta (RM 320 Juta)

& Tahukah Anda?? Di CellAds segala item redemption adalah secara PERCUMA??
hanya dengan download di Google Play Store atau BB App World...
Anda boleh nikmati segala jenis redemption menarik secara PERCUMA...& menebus item2 menarik spt Mobile Topup, Voucher Hiburan, Voucher Makanan, Voucher membeli belah...
semuanya PERCUMA...& mungkin anda bole menyimpan duit yg ada utk beli apartment kt Hong Kong tu??
amacam?? CARA tak?? so boleh guna idea ni....
start la menebus mata & ajak rakan2 join CellAds gak...
Cara berjimat utk mendapat Segalanya PERCUMA....

Sunday, 16 June 2013

Cellads Happy Father's Day Wishes


HAPPY FATHER'S DAY GUYS! MAY ALL THE FATHERS IN THIS WORLD GET PAMPERED & WELL TREAT BY THEIR BELOVED KIDS & WIFE TODAY.. SO THEY'LL WISH THE FATHER'S DAY GONNA BE ON EVERY SUNDAY THROUGH OUT THE YEAR.. HEHEHEHE.. YOU WISH!

Saturday, 15 June 2013

5 Way to Happy


Antara 5 cara utk mengecapi kegembiraan.. Semoga kita dpt inspirasi utk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat..

Antara 1 cara utk mendapatkan 200Ads.Point sekaligus di Cell.Ads adalah dengan invite friend melalui sistem Cell.Ads.. Jgn lupa, semua no hp di Cell.Ads adalah bermula dengan 6, sperti 6019 xxx xxxx..

Happy Father's Day


Morning guys...
semua dah beli hadiah hari bapa belum??
tahukah anda 16hb June adalah hari Bapa??
kami di CellAds ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa...
pada semua yg bergelar Ayah, daddy, papa & bapa di seluruh pelusuk...
pengorbanan & jasa yg x terhingga dr seorang ayah amat la di hargai....
jadi luangkn sedikit masa atau berilah ucapan yg indah di hari bapa ini....

p/s : ape kata korg redeem apa2 di CellAds app sebagai hadiah hari bapa...
ada menu terbaru Vouher McD....mane taw bole wat belanje makan ke?? hehe...Selamat berhujung minggu semua 

Thursday, 13 June 2013

Roti Organ Manusia Ngeri

Selamat pagi...sudah bersarapan pagi??
anda makan roti ke nasi lemak pagi2 ni??
xnak cuba roti ni??

sedikit info di pagi hari...

Tahukah Anda?? Roti berbentuk organ tubuh manusia yang dicipta oleh Kittiwat Unarrom iaitu anak kepada pembuat roti Ratchaburi,Thailand kelihatan sangat ngeri dan meloyakan. Roti berbentuk tubuh manusia ini telah disenaraikan dalam Guiness Books Of Record.

Takut nak makan kan??

tapi jangan takut utk download CellAds pagi2 ni...
sebab SEMUANYA PERCUMA....
so jangan risau tentang apa2 caj tambahan...
kini anda boleh nikmati ads ,kumpul Ads.point & menebus mata...
SEMUANYA PERCUMA....
BONANZA REDEMPTION akan berakhir hari ini...
jadi jangan lepaskn peluang yg ada 




Wednesday, 12 June 2013

Telur Paling Kecil Vs Redemption Paling Kecil


Morning...Info di pagi hari...

Tahukah anda?? Telur ayam paling kecil di dunia telah di temui di London Northumberland, Telur ini memiliki 
berat 5 gram serta lebar 2 centimeter.
Paul Rae, pemilik ayam yang menghasilkan telur berukuran mini tersebut mengatakan, telur tersebut memiliki 
ukuran mirip koin dan ditemukan bersama dengan tiga telur normal lainnya.

Paul yang mengurus Walwick Farm yang dirikan dua abad lalu di Northumberland, Ia mengatakan bahwa
 telur ayam kecil ini adalah sangat langka. "Ayam ini telah mengeluarkan telur normal dan tiba-tiba telur yang 
kecil ini keluar," terangnya.



dan di CellAds...Redemption paling kecil bukanlah telur ayam...
Bonanza Redemption sahaja yang mampu menebus Ads.point paling rendah....jadi apa tunggu lagi kerana 
Bonanza bakal tamat pada esok hari  rebutlah peluang yg ada....kerana segalanya PERCUMA....


BERITA GEMBIRA di Atas menghargai semua yg masih setia bersama kami...kepada semua CellAds members yg masih belum sempat menebus Ads.point pada waktu BONANZA....jangan bersedih kerana....Kini kami lanjutkan masa sehingga 13hb Jun 2013 Khamis ini...jadi jangan tunggu lagi cepat menebus BONANZA REDEMPTION secara PERCUMA...

Tiada yg mustahil di CellAds...Segalanya PERCUMA utk anda semua....teruskn bersama kami utk mendapat hadiah2 PERCUMA yg lain di masa akn dtg