Welcome To CellAds

Please Download Our Application Here http://cellads.net.my/get

Get Us Now!!

From Android Playstore / BB Appsworld

Enjoy Our Redemption

All For Free

It's easy and It's in your hand

Download for free and get redemption free, for more info visit our facebook.

Make Your Ads Here

We Create Colourful Ads.

Thank You For Visit Our Blog

Please visit our website, facebook, twitter and download our application TQ.

Showing posts with label Donggeng. Show all posts
Showing posts with label Donggeng. Show all posts

Friday, 14 June 2013

Si Tanggang / Malin Kundang Adalah Cerita Benar

Morning CellAds members...
sedikit info di pagi hari...

Tahukah anda?? kisah Si Tanggang ( Malaysia ) & Malin Kundang ( Indonesia ) adalah sejarah yg sama & terbukti nyata...

KISAH seorang lelaki disumpah menjadi batu oleh ibunya begitu popular dalam masyarakat Melayu Nusantara. Di Malaysia, lelaki itu dikenali sebagai Si Tanggang manakala dia dipanggil Malin Kundang di Indonesia dan Nakhoda Manis di Brunei.

batu yang didakwa sebagai Si Tanggang itu boleh ditemui di sebuah gua di Batu Caves, Selangor. Batu berbentuk manusia juga ada terdampar di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera, Indonesia manakala di Brunei, ia terletak di tepi laut Jong Batu.

Gua Gelap di Batu Caves dikatakan menjadi tempat mengalirnya darah Si Tanggang.Anda dapat melihat sendiri seakan-akan darah mengalir di celah batu dan lantai gua ini. Adunan air dan batu berwarna merah seperti menguatkan mitos Si Tanggang.

Di Pantai Air Manis pula, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kota Padang, Sumatera, terdapat batu Si Tanggang dan kesan kapalnya. Batu itu kelihatan seperti seseorang sedang meniarap di celah-celah serpihan kapal yang pecah.

Batu yang dikatakan telah dibentuk semula itu kini masih menjadi tarikan pelancongan di situ.

Menurut pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, kisah Si Tanggang amat dekat dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Katanya, kisah Si Tanggang itu mungkin benar berikutan penemuan batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.