Welcome To CellAds

Please Download Our Application Here http://cellads.net.my/get

Get Us Now!!

From Android Playstore / BB Appsworld

Enjoy Our Redemption

All For Free

It's easy and It's in your hand

Download for free and get redemption free, for more info visit our facebook.

Make Your Ads Here

We Create Colourful Ads.

Thank You For Visit Our Blog

Please visit our website, facebook, twitter and download our application TQ.

Showing posts with label mobile application. Show all posts
Showing posts with label mobile application. Show all posts

Saturday, 5 October 2013

BAGAIMANA MOBILE APLIKASI DAPAT MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PERNIAGAAN ANDA?







Smartphones atau telefon pintar telah menjadi satu trend di dalam penggunaan 'mobile phone' di masa kini dan akan menjadi satu "lifestyle" oleh semua orang tidak kira peringkat umur, lokasi atau status sosialnya mereka. Alasan yg paling mudah, pengeluar mobile phones tidak akan lagi mengeluarkan mobile phone yg dipanggil 'feature mobile phone', iaitu mobile phone yg ada sebelum era telefon pintar.  Kalau dulu Nokia yg terhebat untuk 'feature mobile phones', tapi kini telah merudum kepopularitian dan kewibawaannya di era telefon pintar.
Antara statistik atau informasi yang berkaitan dengan telefon pintar :
  • Lebih 1 billion daripada 4+ billion pengguna mobile phones seluruh dunia adalah  pengguna telefon pintar.
  • Dijangka pada 2014, penggunaan 'mobile internet' akan melebihi daripada komputer atau laptop internet. 
  • Di tahun 2012, lebih daripada 50% carian lokal atau aktiviti SEO dilakukan melalui dunia telefon pintar.
  • Di Malaysia pengguna telefon pintar pada 2012 adalah 30% daripada keseluruhan pengguna mobile phones, iaitu sekitar 9juta orang daripada keseluruhan 30juta pengguna mobile phones (melebihi daripada jumpal penduduk malaysia, 26juta).
  • Dijangka di tahun 2013, dunia telefon pintar di Malaysia akan meningkat kepada 50%.
  • Mobile aplikasi atau 'mobile app' menjadi trend perniagaan atau wadah media yang baru kepada pengguna-pengguna telefon pintar. 
Mobile aplikasi akan menjadi penting kepada mana-mana perniagaan yang mahu melonjak ke dalam dunia telefon pintar, kerana penggunaan 'mobile internet' akan menjadi satu kebiasaan dan keperluan kepada pengguna-pengguna telefon pintar. Syarikat-syarikat gergasi dunia seperti facebook, groupon, instangram dan juga aplikasi yg baru muncul seperti wechat, whatsapp, wase dll kesemuanya telah mengadaptasikan servis mereka di dalam dunia telefon pintar melalui mobile aplikasi masing-masing.
Persoalan kepada kita yang mempunyai perniagaan, sama ada perniagaan konvensional atau online, apakah kita telah berfikir dan bersedia untuk mengadaptasikan perniagaan yang sedia ada kepada platform telefon pintar dengan mengadakan mobile aplikasi perniagaan sendiri dan tahukah bagaimana caranya??? Juga persoalan yang harus dipikir adalah bagaimana mobile aplikasi dapat memberi lebih impak kepada perniagaan anda yang sedia ada??? atau anda hanya lebih kepada mengikut trend sahaja???
Disini kami ingin berkongsi informasi bagaimana mobile aplikasi dapat membantu di dalam perniagaan anda yang sedia ada, selain daripada dapat menjadi pengikut trend masa kini untuk perniagaan anda .



1. Mobile Virtual Office & Mobile Store yang efektif..

Kalau facebook, blogs atau platform online yang lain adalah untuk 'online store or marketing', tetapi dengan mobile aplikasi perniagaan anda ia dapat mengadakan 2 dalam satu, iaitu 1. "Virtual Mobile Office" yang efektif dan 2. wadah baru untuk 'mobile Store' anda. 
Bagaimana? :
  • Dari mobile aplikasi perniagaan, anda boleh mengadakan "Virtual Mobile Office" yang efektif untuk menguruskan dan melihat terus inventori, tugasan-tugasan pekerja, dan lain-lain urusan di pejabat anda walau di mana sahaja berada, selagi telefon pintar anda tidak kehabisan bateri atau kehabisan talian hayat limit/kredit operator.
  • Memudahkan pelanggan-pelanggan mengakses ke setiap laman elektronik perniagaan anda (seperti website, facebook, blogs, youtube, instangram dll) dimana2 sahaja mereka berada, seperti di dalam lrt, teksi, menunggu kawan atau boyfriend dll, hanya dari satu platform sahaja di telefon pintar mereka. Maka pertambahan masa melayari perniagaan anda sudah tidak lagi terhad dan mereka juga dapat membuat panggilan terus kepada anda kerana telefon sudah ditangan mereka. Mungkin anda akan dapat banyak jualan online pada masa pelanggan-pelanggan tersebut berada di dalam kesesakan lalulintas yang hebat. 
  • 'Centralise customer service' iaitu segala persoalan atau komen2 dari pelanggan anda atau 'online visitors' di kesemua online platform dapat di integrasi di satu platform sahaja dan bersama anda setiap masa dan dimana2 sahaja. Maka secara peribadi dapat menjawab pertanyaan atau komen dari pelanggan secara terus dan memastikan servis pelanggan yang tip top. . 



2. Sentiasa Bersama Pelanggan Anda - Online atau Offline

Jika mobile aplikasi perniagaan anda di muat turun oleh pelanggan2 di telefon pintar mereka,perniagaan anda akan sentiasa bersama mereka walau mereka tidak online. Kalau sekarang ini, pelanggan anda harus berada di hadapan laptop atau PC mereka dan harus online, tetapi dengan mereka telah memuat turun mobile aplikasi perniagaan anda, mereka dapat mengaksesnya dimana2 sahaja mereka berada.  Jika anda 'pre-upload' produk2 atau promosi-promosi di mobile aplikasi perniagaan anda, mereka masih akan dapat melihatnya walau berkeadaan offline.

Tak percaya?? cuba download 1 mobile aplikasi dan setelah sukses cuba anda offline telefon pintar anda. kemudian akses mobile aplikasi tersebut. Anda akan masih dapat melihat sebahagian informasi2 yg disediakan di dalam mobile aplikasi tersebut yang sebenarnya telah dimuat naik terlebih dahulu dan disimpan di dalam mobile aplikasi tersebut. Tetapi informasi yg dapat dimuat naik ini adalah terhad dan bergantung kepada faktor2 saiz dan bagaimana dinamik aplikasi anda untuk proses memuat naik dan menyimpan kandungan2 tersebut.


3. Promosi atau kempen yang efektif

Anda dapat menyediakan satu pendekatan yang efektif untuk promosi atau kempen perniagaan di mobile aplikasi anda kerana mereka akan melihatnya terus di telefon pintar mereka. Antara promosi-promosi yang dapat disediakan atau dijalankan di mobile aplikasi perniagaan anda adalah :

1. Push-note atau push-notification
Dengan push-note ini anda dapat menghantar informasi promosi anda kepada kesemua pelanggan atau sesiapa sahaja yg telah memuat turun mobile aplikasi anda dengan percuma. notifikasi 'push-note' adalah seperti "pop-up" sms yang mereka dapat melihatnya di telefon pintar mereka. Dengan "push-note" ini anda boleh mengadakan pelbagai promosi atau mengingatkan mereka tentang promosi yang akan atau sedang dijalankan secara "real-time".

2. Menyediakan satu menu di mobile aplikasi anda khusus untuk mewar-warkan produk-produk promosi yang akan berjalan atau sudah berjalan. 
3. Menggunakan mobile aplikasi anda yg telah dimuat turun sebagai bukti untuk mendapatkan diskaun yang anda sediakan. Ini akan menambah pelanggan-pelanggan yang lama atau yang baru untuk memuat turun mobile aplikasi anda untuk membuat penebusan diskaun. Walau di mana mereka berada, mereka dapat terus menuju ke premis perniagaan anda dan seterusnya membeli produk2 anda untuk mendapatkan promosi diskaun, tanpa perlu untuk 'print' atau menggunting keratan akhbar atau membawa flyer, yang mereka juga mungkin sudah lupa dimana mereka telah letakkan 'promosi fizikal' tersebut.




4. Komuniti Perniagaan anda

Dengan jumlah pelanggan atau sesiapa yang memuat turun mobile aplikasi anda, secara tidak langsung telah menjadi ahli komuniti perniagaan anda di dalam dunia telefon pintar. Ini akan menguntungkan perniagaan anda kerana dengan tersedianya komuniti perniagaan anda sendiri, anda dapat mengadakan "Customer Loyalty Program" (CLP) tanpa perlu mengeluarkan modal untuk mengadakan sistem untuk CLP tersebut. Secara lama kelamaan, komuniti anda akan bertambah dan berganda dan hasil jualan daripada komuniti mobile aplikasi anda sendiri mungkin sudah cukup untuk mendapatkan jualan minima yang diperlukan bagi menguruskan kos-kos operasi perniagaan anda.




5. Perniagaan anda tersedia di pasaran dunia
Dengan mempunyai mobile aplikasi di playstore (android) atau itune(I-phone) atau AppWorld (BB) atau kesemuanya, secara otomatis anda akan mempunyai laman-muka perniagaan anda sendiri di dunia telefon pintar. Ketiga-tiga tempat ini dapat diakses oleh kesemua pengguna telefon pintar di seluruh dunia, mengikut jenis-jenis telefon pintar yg seperti diatas, dan dapat memuat turun mobile aplikasi anda, jika mereka berminat untuk mengetahui produk-produk anda dengan lebih lanjut. Bayangkan, mungkin ada mat saleh di England atau black di Afrika atau pak Arab di Dubai memuat turun mobile aplikasi anda adalah merupakan seorang peniaga yang sememangnya mencari produk2 seperti apa yang ada di perniagaan anda, maka mobile aplikasi anda berpotensi melonjak perniagaan anda dan menjadi satu wadah pemasaran perniagaan global yang sangat efektif (dan tiada kos tambahan pula tu) tanpa anda sendiri sedarinya. Menarik bukan?

Bagaimana untuk semua ini dapat terjadi??? Bagaimana untuk memulakan wadah perniagaan di dalam dunia pintar dengan kos permulaan yg rendah?? Jika anda berminat, sila email kepada kami di info@cellads.net.my dan tinggalkan nama anda dan syarikat dan nombor yg dapat kami hubungi untuk membuat temu-janji agar kami dapat menjelaskan dengan terperinci bagaiman untuk anda melonjakkan perniagaan anda di dalam dunia telefon pintar yang semakin menjadi trend dan "lifestyle" terkini.

CellAds, mobile advertising kami yang terbaru, dapat meluaskan promosi perniagaan anda di dunia telefon pintar.. Jika anda memakai telefon pintar android atau blackberry sila klik link http://cellads.net.my/get untuk memuat turun mobile aplikasi kami yang unik dan kreatif ini..

Friday, 6 September 2013

JOM TENGOK 3+1 MOBILE APLIKASI YANG PALING POPULAR BULAN OGOS 2013



Review mobile aplikasi ini teman refer kat blog "androidandme" untuk berkongsi dengan pembaca yang berminat dan sering muat turun mobile aplikasi dari playstore atau yg saja-saja nak baca walau nak download idak ler gamaknye..
Nota : Alat pintar bergerak adalah smart mobile devices seperti komenye smartphones, tab, ipad dan tablet2 yg lain.. bukan apa biler disarikatakan ke bahasa malaysia bunyi cam pelik lak teman rasa.. gamaknya ler..

1. Twilight  



Tak sangka Twilight ni memang mobile app yg 'kemah-keming' No 1 popularitinya untuk beberapa bulan lepas.. Tau tak Twilight app ini utk apa? Bukan game app dan tiada kaitan sedara ngan Twilight movie tu.. ofis aplikasi pun bukan.. ishhh, 18sx pun idak.. Rupanye Twilight app ni untuk membuat skrin alat pintar bergerak korang mengadaptasi suasana hari mengikut masa.. app ni boleh menapis spektrum biru di alat pintar bergerak anda selepas matahari terbenam dan menjaga mata kome dengan 'red filter' yang lembut dan selesa.. Ini kerna, dari kajian saintifik, jika mata terdedah kepada warna biru secara berlebihan sebelum nak tidur boleh menyebabkan rentak semulajadi badan anda (atau circadian - pak google tolong translatekan)  terbantut dan menyebabkan susah nak tidur.. Teman pun baru tau ilmu ni.. Walau teman dulu belajo camner nak kira gelombang cahaya utk komunikasi dari satu poin ke satu poin, tapi yg ni baru utk teman.. yg seingat teman  masa zaman2 remaja dlu, kalu tak leh nak tidur kene tengok cerita kaler camtu.. tettt.. tettt.. tettt.. (tanda ada censorship board tengah menjalankan tugas.. hehehehe)

Nak cuba Twilight app ni boleh ler download di android playstore di link https://play.google.com/store/apps/details?id=com.urbandroid.lux


2. Network Signal Booster Pro




Namanya pun dah camtu,maka app ni diberitakan utk menambah baik network signal di telefon pintar kome.. Tak banyak diberi huraian dan penerangan secara teknikal maka teman pun tak der ler nak komen lebih-lebih.. Tapi kalau tiang tower operator yg cam penuh dengan cendawan besi tu merudum dekat dgn tempat kome berada, pakai ler booster apa-apa pun, signal kat fon kome tu pasti tinggal SOS jer.. Tak caya cuba rudumkan tower telekomunikasi yg kome telah pilih utk dibuat percubaan.. 

Utk download app yang ni, kome kene cari sendiri kat android playstore sebab teman tak jumpa ler.. tak leh nak bagi url dia yop.. Nak tau dia ni betui ke idak, sila lah download si booster nie kat playstore yer... 




3.  Homestyler App 





Homestyler app ni memang style yop! kome boleh amik gambo bilik atau ruang tamu atau mangkuk tandas dan mulakan desain semaunya dan segeramnya.. kalu kome buat sebelum tidur jgn lupa download twilight app dulu utk tapis spektrum biru..takut nnti habis desain, tak leh nak tidur.. nnti kome download app yg berunsur biru pulak.. app ni memang senang nak dipakai dan dapat menterjemahkan inspirasi dan ilham desain anda ke dalam desain sebenar rumah anda.. Hebat toq! penggunaan produk-produk real di dalam rumah memberi impak maksima kepada desain anda.. wa cakap lu.. Rock.. Oooo!!!
Memang baguih app ni walau teman belum penah cuba lagi.. teman gamaknyer ajer lepaih baca informasi app dia..
Kalau nak cuba boleh ler klik link dibawah utk download Homestyler app.. Selamat mendesain posisi baru mangkuk tandas dalam bilik tidur yer yop.. hehehehe.. 



 
+1. JOM BUAT MOBILE APP




Yang +1 ni sebenornye teman reserve utk mengkome nye bisnes mobile app..  Biler lagi nak review utk lokal produk, asyik review yang obersee punye jer.. iyer tak?? kalau sesiapa empunye mobile app boleh ler bagi nama mobile app anda dan sedikit deskripsi ke info@cellads.net.my.. Kami akan menceritakan tentang mobile app anda tu nanti dan akan beri sikit review dan link utk pembaca2 lain download terus.. Dpt kami promote mobile app kome tu.. jgn risau kami buat PERCUMA aje, nak naikkan nama produk Malaysia.. Baru menyambut kemerdekaan ke-56 katakan, semangat patriotik dan nasionalisma masih kuat ni..




Kepada yg tak der lagi mobile app utk bisnes anda, sekarang adalah masa terbaik utk mula memikio membangunkan nya.. Sebabnya pemakai alat pintar bergerak udah makin lama makin ramai.. Dikatakan sekarang ni udah seramai 12-15 juta orang yop! itu baru mesia, luar negara konfirm lagi ler ramai.. Pastu alat pintar bergerak ni sentiasa melekat ngan tuannya, memang efektif sesangat utk pemasaran bisnes anda.. Ini sudah jadi satu alat pemasaran bisnes yg baru dan efektif kan, iyer tak? Jadi rase2nya camner gamaknye nak menyampaikan dan kaborkan tentang bisnes & promosi kome di alat pintar bergerak deme-deme ni? Mobile app jawabnya yop weiii!!! Sekarang ni semua syarikat yg besor dah lama mengorak langkah mengadaptasi bisnes di alat pintar bergerak seperti groupon, mudahdotcom, Domino, GSC dan banyak lgi.. social network yg web-base seperti fesbuk, blogs dan lain-lain, semua udah lagi lama mengadaptasinya..kalu idak bisnes mereka lama terkubor nyer.. 

Dah siap mobile app kome tu nnti, kami akan buat all rounder promosi utk mobile app & bisnes kome melalui Cellads app kami.. yer ler, kalu udah ada mobile app, camner lak nak suruh org download, kene ler promosi kaw2.. lgi ramai download lagi efektif mobile app anda.. mobile developer lain boleh bangunkan aje tapi promosi dia tak buat, bukan keroje dia katanya..  Pastu Cellads boleh kolaborasi utk buat "Customer Loyalty Program (CLP)" bisnes anda.. tak yah pening2 nak bayor sistem CLP berpuluhan ribu dan pastu serabut kepala memikio apa barangan atau baucer tebusan yg nak diberi.. Di Cellads kami udah sediakan semuanya utk bisnes anda..

  .

Untuk lihat camner fungsi Cellads ni sile download di playstore.. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en 
Kalau berminat utk mengetahui lebih tentang bagaimana membangunkan mobile app anda, sile ler emel kepada kami di info@cellads.net.my - nama syarikat sdn bhd anda, contact person n no phone utk kami menelepon utk set temu-janji..
SMART BUSINESS GOES MOBILE!!!  Cewahhh teman ni.. baru lepaih makan potato chips cicah mayonise tadi.. tu yg tiba2 rase nak speaking sikit.. hehehee.. 

Thursday, 5 September 2013

REVIEW TENTANG 2 SMARTPHONES ANDROID YG TERHEBAT DI TAHUN 2013 SETAKAT INI



HTC ONE
HTC ONE di review sebagai smartphone Android yg terhebat di tahun 2013 setakat ini.. Heran takder lak ramai pakai HTC kat mesia ni.. Walau bagaimanapun, sesiapa yg pakai HTC ONE harus berbangga dengan review ni.. diberi pujian melambung ke atas desain yg hebat & menarik dan juga sebahagian "feature" dia dikatakan yg terbaik pernah smartphone dibuat utk android platform.. Ini mat saleh review, bukan cikgu saleh dalam "Oh! my english" tu tau... Near-perfect screen dengan kaler dan pandangan angle yg mantappp.. "Incredibly speedy performance" tulihnya, dan kualiti audio nya yg paling tip top yg pernah ada di dunia android setakat ini dan kamera dgn Ultra Pixel terbahekkk utk suasana romantik.. cahaya yg cam sepoi-sepoi bahasa gitu..
TAPI....

kamera dia bagus sampai kat situ jer dan keseluruhannya tak sampai ke tahap yg sepatutnya dan yg selalu HTC angin-angin kan.. Pada sesiapa yg tak reti nak alter gambo pakai photoshop tapi suka sangat kejap2 angkat handphone, buat kepala ngereng sikit dan cuba bermacam memek muka yg ter cute habis tu, dan tak kira dimana,  dinasihatkan usah ler beli HTC One ni.. nanti buat hilang mood jer tiap-tiap hari, atau mungkin tiap-tiap sejam sekali bad mood..  Okay kita gi yg nombor 2 lak..


SAMSUNG GALAXY S4
Galaxy samsung S4 ni di review jatuh ketempat ke-2 selepas HTC ONE.. yerr kerrr???? deme mat saleh kat US kate ler tapi cikgu saleh tak kata apa2 pun.. Utk review Galaxy S4 ni, kalau Galaxy S3 pun dah hebat, apa lagi yg baru jadi no. 4 ni.. muda, comel, bergetah dan bergaya lebih dari yg no. 3 .. memang sudah adat.. hehehee.. Tukang review ni juga kata terlampau banyak nak cerita pasal kehebatan Galaxy S4 ni, tapi yg paling nyata dan terhebat adalah kamera dia  yg menjangkau 13-megapixel tu.. Fuyyoo GempaQ!!!
TAPI.... ha'ah ada tapi nya..
Utk "TouchWiz UI" dia masih tidak menarik.. Tau ke apa TouchWiz UI tu yop? tak tau kalu, pak google ada.. tak tido lagi dia tu rasanyer.. tapi kalu dia tido pegi bayor pengeras kat telekom, boleh dia gerak pak google tu nanti lepas bayor.. peringatan utk teman juga! Seterusnya, juga ada sedikit2 lagi yg masih kurang terutama performance yg kengkadang tersenguk-sengguk dan amat mengharukan untuk smartphone yg bernama Galaxy S4 dan pastu juga Samsung ni guna cover plastik aje.. Cam tak real mat saleh tu kata dalam review.. like cheap cheap one..


CELLADS
Di Cellads kami support semua jenis android smartphones tak kira asal usul, keturunan dan warna cover dia.. dari yg dah masuk ke muzium android sampai ker yang buat catwalk keanggunannya bersama-sama tuannya.. Boleh download terus dari android playstore sekarang  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en dan juga utk Blackberry..
TAPI
iPhone belum lagi, sebab susah bebenor nak dpt approve dari itune utk aplikasi yg canggih macam Cellads ni.. Cuma ada 1 dalam dunia.. Cewahhh..
Cube lerr.. jgn malu-malu.. kalu baguih bagitau org lain, kalu tak baguih email ke kami di info@cellads.net.my utk kami bagi baguih lagi utk anda semua..