Kepada "die-hard fan" Samsung diluar sana, jika anda sudah berkira-kira untuk menukar Samsung anda, sabarrr.. jangan lagi... tunggu dulu kehadiran 3 gadget terbaru ini berada dipasaran, yang mana Samsung telah melancarkannya semalam di Berlin. Teman idak ler ke Berlin utk mendapatkan liputan berita ini..
Jum kita preview sikit gadget Samsung yang terbaru ini..
1. Galaxy Note 3 Smartphones
Slim, ringan dan power.. |
Dengan spesifikasi 3200mAh battery life, Knox security program 'pre-loaded' dan 3GB RAM, Galaxy Note 3 dijangka akan berada dipasaran US dan jepun di bulan Oktober.. tetapi idak pulak diberitahu biler akan berada dipasaran Mesia.. Mungkin tahun depan kut, lepas semua org dah pakai baru kita merasa nampaknya..
Harga dia pulak, juga tak confirm lagi..
2. Galaxy Gear Smartwatch
Dibuat dengan stainless steel dan tali yg berteknologi (mungkin nano kut, kalau tak pun tali 'invisible') tetapi di desain utk keselesaan.. Smartwatch ni didatangkan dengan 6 kaler yg berbeza untuk 6 gaya yg berbeza, iaitu dari gaya formal sehingga ler yang untuk main-main jer.. Pastu pengguna boleh 'swipe' di muka skrin dia untuk pergi dari satu 'feature' ke satu 'feature' yang lain.. Macamana pulak nak angkat call dengan smartwatch ni? Senang jer, setelah call masuk berdering, anda hanya harus mengangkat pergelangan tangan dan bawanya ke telinga anda.. jangan angkat tangan yg tak der smartwatch tu yer.. burok nampak dek org..
Pastu dia ada kamera dan boleh juga share gambor.. kehebatan yg lain, smartwatch ini juga memberi respon mengikut pergerakan badan dan juga di desain untuk baterinya bertahan lebih dari sehari utk sekali caj.. Tapi bayangkan kalau bateri dia habis masa anda diluar rumah, tak ker anda kena melekat kat dinding atau pakai power bank dengan wayar terjulur kuar ke pergelangan tangan.. dah cam pesakit kat hospital yg kene masuk air ikut tangan jer kalau dibayangkan.. hehehe.. Lagi satu, sesiapa yg pakai smartwatch kat Mesia kena berhati-hati sebab smartwatch ini mungkin menjadi checklist baru utk peragut2 profesional yg tak berhati perut tu.. diaorg tu bukan boleh tengok benda-benda berharga mcm tu kat luar badan kita.. gigil katanya..
Akan berada di pasaran US dan jepun juga di bulan Oktober dan diberitakan harganya dalam USD299. Duit malaysia seribu lebih ler kut yer..
Galaxy Note Tablet 10.1 versi 2014
Versi Note yg baru ni berciri 'My Magazine' yang membolehkan anda membaca social feed dan news dengan format 'magazine-like'. Lebih dari sedozen 'partner apps"' percuma disediakan di Tablet yang baru ni.. Tablet ni juga lebih kecil dan nipis dari tablet samsung yang sebelum ini..
Jika anda bercadang untuk membuat bajet dan mengikat perut utk membeli gadget Samsung yang terbaru di atas, kami di Cellads dapat membantu anda utk jimatkan perbelanjaan anda seharian... Dengan Cellads, "now, everyone can redeem for free!!!" klik link ini utk mengetahui lebih lanjut https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en
0 comments:
Post a Comment
Give Your Comment Here TQ.