Welcome To CellAds

Please Download Our Application Here http://cellads.net.my/get

Get Us Now!!

From Android Playstore / BB Appsworld

Enjoy Our Redemption

All For Free

It's easy and It's in your hand

Download for free and get redemption free, for more info visit our facebook.

Make Your Ads Here

We Create Colourful Ads.

Thank You For Visit Our Blog

Please visit our website, facebook, twitter and download our application TQ.

Thursday, 22 August 2013

Gambaran Kiamat




Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain


Wednesday, 21 August 2013

Tragedi Bas Terjunam ( Genting Highland )


Kerja menyelamat sedang dilakukan bagi mencari dan membantu mangsa nahas bas ekspres di Genting Highland semalam. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 Ogos, 2013.

Bas Genting
Nahas Bas: 30 maut termasuk pemandu
Seramai 30 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands Semalam.

Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 49 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18 lelaki dan 12 wanita.

Bagaimanapun kewarganegaraan mangsa yang maut masih belum dapat dipastikan, katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.

"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.

Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.

"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung.

Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.

Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL.

Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL :-

1. Wong Teraphong, 63 - Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh
3. Saidah, 19 - Malaysia
4. Razif, 26 - Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia

Bas Genting

Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands Semalam adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.

Setakat ini 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu.

Bas itu dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:-

5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

29 Oktober 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

2 September 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

20 November 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

14 November 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

31 Disember 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

petikan - Bernama 
gambar - cosmo / utusan








Saturday, 17 August 2013

Bagaimana Untuk menggunakan CellAds System

Cellads adalah satu mobile application (mobile app) yang menawarkan PENEBUSAN UNIK, PERCUMA & BERMACAM PILIHAN kepada semua android & BB handphones yang memuat turun applikasi Cellads.


Menu Redeem Ads Point
Semuanya Percuma Untuk Anda



Penebusan Cellads adalah unik kerana anda hanya perlu menebus melalui sistem Cellads di handphone anda, tanpa perlu ke mana2 outlet atau masuk kemana2 site online kerana setelah anda berjaya menebus, sistem kami akan memberikan informasi penebusan anda kepada customer servis kami dan mereka akan menghubungi anda untuk urusan penghantaran barangan penebusan terus kepada anda. Semuanya adalah PERCUMA.

Di penebusan menu Cellads, iaitu "Redeem Ads Point", kami sediakan pelbagai penebusan yang anda boleh browse atau "window shopping" dan seterus memilih untuk membuat penebusan secara percuma.  Anda juga dapat untuk memeriksa baki Ads.Point anda untuk melihat sama ada anda layak utk membuat penebusan barangan yang anda minat.

Menu Redeem Ads Point Cellads sentiasa di updatekan dan ditambah untuk kepuasan dan pelbagai pilihan. Kod utk diisi semasa menebus barangan pilihan anda seperti di nyatakan di sebelah menu-menu yang ada (*Code XXX).

Menu-menu yang sekarang ini adalah :
Chillout  - untuk penebusan baucer-baucer entertainment seperti GSC tiket.
Fuyoo GempaQ - untuk penebusan baucer-baucer yang kami offer dengan Ads.Point terendah. Anda harus melawat Redeem Ads Point dari masa ke semasa utk melihat offers yang disediakan dari semasa ke semasa.
Munch It - untuk penebusan baucer-baucer yang berkaitan dengan restoran-restoran.
Shoppinx - Pilihan baucer-baucer penebusan untuk bershopping.
Topup Place - Anda boleh topup prepaid anda dengan menebus topup anda disini.

Sekarang jum kita menyusur satu per satu bagaimana untuk menggunakan Cellads :

Anda boleh dapat Cellads di Google Playstore atau BB AppWorld atau download terus dari link http://cellads.net.my/get



Setelah nampak Cellads dalam Google Playstore atau BB AppWorld,  boleh anda klik install menu untuk proses muat turun aplikasi Cellads. Setelah dimuat turun click aplikasi icon utk "launch" aplikasi Cellads.

Kemudian isikan profail anda utk reference kami & memudahkan kami menghubungi anda untuk update informasi-informasi yang terkini.
Setelah sukses, enjoy Cellads kreativiti dan explore Cellads menu

Sambil enjoy kreativiti dan keunikan Cellads, anda dapat mengumpul Ads.Point Secara percuma.
Ads.Point dapat dikumpul dengan 5 cara :
1. Pertama kali download anda akan diberi 50Ads.Point
2. Setiap kali Smart.Ads kami muncul anda akan mendapat 5Ads.Point
3. Jika anda melihat Smart.Ads di dalam Ads World anda akan memperolehi 5Ads.Point per hari.
4. Jika anda jemput rakan anda akan mendapat 200Ads.Point
5. Memasuki peraduan-peraduan Cellads mungkin anda dpt memenangi Ads.Point yg disediakan.
SEMUANYA ADALAH PERCUMA!!!
Setelah anda mengumpul cukup Ads.Point, boleh lah anda menebus barangan kami di Redeem Cellads menu secara percuma. Mudah kan beb?? Semuanya transaksi dan melihat jumlah Ads.Point anda semuanya berlaku di hanphone anda 


Jika anda sudah faham, boleh ler invite friend/jemput rakan dari menu Cellads untuk mendapatkan 200Ads.Point dan boleh ler menebus baucer-baucer atau barangan di menu Redeem Ads Point Cellads.

Jika mau informasi lebih lanjut sila ke facebook kami http:facebook/CellAdsM atau ke website kami di http://www.cellads.net.my

Friday, 16 August 2013

The English Premier is back!!! Let's the WAR begin!!!

The first kick-off today for the mother of football's war in England, Malaysia and many other countries round the world.. Let's the ball roll.. Let's the WAR begin.. Let's full the mamak's stall for every weekend's game..


Musim baru English Premier League Musim 2013-14 akan bermula hari ini.. Musin terbaru ini dikatakan yg akan paling panas dengan 3 pengurus baru yang akan berentap utk tempat yang teratas bagi team mereka (atau mungkin kena buang sebelum musim berakhir) - David Moyes, Manuel Pellegrini & Jose Morinho.. Arsenal & Liverpool harus membuktikan sesuatu di musim baru ini setelah Liverpool merudum kedudukan liga mereka utk beberapa musim kebelakangan ini dan Arsenal atau Arsene Wenger harus memenangi sebarang trofi setelah sekian lama tidak pernah menjulang apa2 trofi.. Kita lihat siapa kena!!!

Berapa lama daa mau menang trofi??? Kita tengok berapa lama peminat2 Arsenal boleh bersabar.. Kalau tak menang juga, bak kata org sekarang - kite bakor! kite bakor! Siapa pemain baru musim ini? Entah tak tau lerr teman..
Pengurus baru "The Noisy Neighbour"berpotensi utk menghuru harakan Jiran dan musuh tradisi mereka setelah SAF pencen.. Ramai pemain2 hebat bersama mereka walau kehilangan Tevez, Ballotelli si budak nakal dan yg lain2.. 

The Special One, pulang ke pangkal jalan.. hahaha.. Mungkin ada perjuangan yang belum selesai di Stamfod Bridge setelah 5 tahun merantau di Liga tali & Sepanyol.. Mourinho pasti akan menghangat kan suasana dan mengajar Moyes & Pellegrini cara untuk perang saraf.. Can't wait to read his press statement before and after every big match of the day.. 

hmmm.. All can I say, when the goings get tough, the tough gets going for Moyes.. SAF telah meletakkan benchmark yg tinggi utk beliau menyamai nya, apatah lagi untuk membuat yg lebih hebat.. Good Luck to him & good luck to Man Utd fans.. I bet, korang mesti miss SAF a lot but cheers to the opponent fans

You'll never walk alone as you have been left alone by top 4 teams in the league in a few last season.. Masih berharap Suarez tidak berjalan meninggalkan mereka tetapi mungkin tinggal harapan.. Bagaimana prestasi Liverpool musim ni ?? i reserve my comments..


Farewell kepada pengurus yang baru pencen dan dianggap antara pengurus terhebat di dekad ini.. As the EPL fan, SAF is a love n hate figure in EPL and we will miss the sensation of it.. Lepas ini karier SAF akan tertumpu kepada menghantar & mengambil cucu ke sekolah dan melepak kat mamak stall (pub) minum teh tarik (Lager) dan makan roti canai (fish & chips).. hehehehe..
 
Juga tidak lupa farewell kepada bekas pengurus noisy neighbour yang hilang taring di musim yang lepas.. buat camno, pak syeikh dah bagi duit utk menang semua trophy tapi nak juga simpan si budak nakal tu.. Ke manakah karier beliau selepas ini??? hmmm.. lupa lak nak check it out.. ada sesiapa yang tau??

Kepada Pengurus Fantasy Football yg join Cellads Premier League, jgn lupa pemain2 baru yg hebat yg baru join EPL musim terbaru ini.. All the best dan anda berpeluang memnangi hadiah2 yg disediakan oleh Cellads, tetapi kena ikut terma dan syarat utk memenangi hadiah2 yg disediakan.. Apalgi join our league sambil menyaksikan antara Liga terhebat di dunia sambil memenangi hadiah2 mingguan dan bulanan dari kami di Cellads utk anda..

Click now to join Cellads Premier League & to win weekly & monthly prizes..


Tuesday, 13 August 2013

Aweera Di isytihar MUFLIS

ohartis-aweera-mengaku-muflis-1

Vokalis kumpulan Mojo, Aweera, 22, mengesahkan nama yang tertera dalam notis isytihar muflis seperti disiarkan di akhbar beberapa hari lalu adalah berkaitan dengan dirinya.
Menurut penyanyi Andaiku Bercinta Lagi, dia diisytiharkan muflis ekoran menanggung beban hutang lama.
“Status muflis itu memang berkait dengan diri saya. Ini kisah hutang lama, sudah lama sangat. Bagaimanapun saya tidak boleh beri komen panjang kerana masih dalam usaha untuk mengatasi masalah ini,” katanya
Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera NorHissham diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013. Dalam notis yang disiarkan akhbar itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama dengan Jabatan Insolvensi mengenai sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan pada 23 Ogos depan bagi membincangkan hal berkaitan.
Ditanya mengenai kerjaya seninya, jelas Aweera, buat masa ini kerjayanya masih tidak terganggu dan segalanya melibatkan kerjaya dan dirinya akan diberitahu selepas selesai semua proses.
“Buat masa ini, kerjaya seni tidak terganggu dan kalau boleh, saya tidak mahu bercakap mengenainya. Saya akan beritahu bila semua proses selesai,” katanya yang sudah berada di kampung halamannya di Perlis bagi menyambut kedatangan 1 Syawal.

ohartis-aweera-mengaku-muflis

Ramai anak muda yang kini bankrupt & muflis akibat hutang...
pada usia muda lagi dah MUFLIS mungkin pada masyarakat ia sesuatu yang tidak patut...
namun ni hakikat yang di hadapi oleh golongan muda masa kini...
Apatah lagi yang menanggung hutang pinjaman PTPTN...
untuk mendapatkan kerja besar anak muda terpaksa belajar tinggi....
namun setelah mempunyai Ijazah / Master & sbgnya tetapi mereka tidak mampu mendapat pekerjaan...
mungkin juga ada segelintir yang memilih pekerjaan yang bergaji lebih tinggi...
jadi kerana memilih pekerjaan akhirnya mereka menanggung hutang & menjadi penggangur...
ada juga yang bekerja dengan gaji yang rendah tetap menanggung hutang yang tinggi...
andai ijazah & hutang PTPTN sudah cecah RM50,000 sedangkan gaji mereka cuma RM2,000 sebulan..
& bulanan PTPTN yang di tanggung mungkin mencecah RM200 hingga RM500 sebulan...
belum termasuk keinginan untuk memiliki kenderaan atau rumah sendiri...
kalau kenderaan yang di beli cecah RM50,000 juga...
total RM100,000 secara automatiknya anak muda sudah menjadi MUFLIS...
mungkin juga kerana peluang pekerjaan yang kurang atau cara hidup masyarakat kita yang salah...

jadi nasihat dari pihak CellAds agar kita belajar menabung dari muda...
atau belajar untuk berjimat cermat....
anak2 kecil sekarang dapat duit raya pun habiskan pada Game, Data internet , Topup & sbgnya...
ada juga yang mebazir membakar duit membeli bunga api yang di haramkan kerajaan...
jadi sbg ibu bapa, kakak abang, nasihatkanlah adik2 kita agar gunakn duit yang ada dengan lebih baik & cermat...
kami di CellAds boleh membantu anda berjimat cermat....
pada anak2 muda yang nak berjimat beli topup atau beli tiket wayang...kami ada caranya....
anda cuma perlu download CellAds di Android playstore atau BB AppWorld
& nikmati segalanya PERCUMA...
kumpul Ads.Point kami di setiap kali anda receive sms n call atau melihat Ads kami...
dengan cara mudah tak perlu keluar rumah anda dapat berjimat nikmati segalanya PERCUMA...
& pada golongan dewasa jugak kami sediakan Voucher membeli belah PERCUMA untuk anda...
Shopping barangan dapur, keperluan harian, pakaian atau hiburan segalanya ada di CellAds...
haaa kan dapat berjimat sekarang...hidup lebih mudah dengan adanya CellAds...

Bersama Mencegah dari berhutang & bergelar MUFLIS :)


Malang tak berbau




Asalamulaikum & Salam Syawal yg baru seminggu merasa bulan syawal...
tapi banyak sungguh kemalangan yang tak sedap di dengar berlaku kat negara kita...
Saban hari penjenayah makin berani untuk menggunakan senjata tembak menembak...
Mungkin jugak pihak berkuasa sedang mengatasi masalah yang berlarutan ini...
bukan sahaja orang biasa malah pihak berkuasa juga tidak terkecuali merasa...
Sungguh berani penjenayah hari ini...
berita yg di akhbar 2,3 hari ini menunjukkan bahaya ada di mana- mana..
Malang tidak berbau...jadi kami di CellAds nasihatkan agar semua lebih berhati2...
dan lebih selamat jika hanya duduk di rumah diam2....
tengok TV atau lakukan aktiviti riadah bersama keluarga di rumah sahaja...
kalau nak keluar pun pastikan tempat yang anda kunjungi itu selamat...
macam di Pusat membeli belah atau tempat2 yang ramai orang kunjungi...
especially kepada kaum wanita...tapi penjenayah zaman sekarang tak kira jantina...
Polis pun berani mereka samun ni pulak orang biasa...
jadi kami nasihatkan cara mengelak dari kecelakaan tidak terduga seeloknya duduk di rumah...
Cara paling mudah membeli belah di rumah anda boleh la beli melalui aplikasi CellAds...
kami menyediakan Voucher Percuma untuk anda..
jadi tak perlu risau Voucher tersebut akan di hantar ke rumah secara PERCUMA juga...
kalau boleh di elak dari keluar rumah lebih baik guna cara mudah bukan??
Kunjungi Aplikasi CellAds kami di android & BB Appworld memudahkan hari anda...

Keratan Akhbar Ihsan OH! MEDIA...




Monday, 12 August 2013

Benarkah Malaysia di Hujani Meteor pada 12 Ogos 2013??

Fenomena di bulan Syawal

Semalam kita di gemparkan oleh berita dari media Malaysia tentang hujan meteor yg bakal turun di Malaysia..
Pasti ramai yg menantikan fenomena indah ini kan??
ni sedikit berita yang dapat kami paparkan yg di petik dari kosmo / Bernama...

KUALA LUMPUR – Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara malam tadi sehingga subuh.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
“Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
“Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.
Katanya, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula pukul 11 malam. – Bernama
Tips Untuk Melihat Hujan Meteor

Di Malaysia, buruj Perseus tetap dapat dilihat jelas kerana berada di ketinggian serendah 35 darjah. Orang ramai boleh melihat fenomena ini apabila cuaca cerah, jauh dari pencemaran cahaya ke arah timur lautserta tidak terhalang oleh sebarang objek.
Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. Antum tidak perlu menggunakan sebarang peralatan teleskop dan antum boleh mengarahkan pandangan ke timur laut pada waktu tersebut sehingga menjelang subuh.


Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:
1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.
2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.
3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.
4. Duduk santai sambil mengarahkan pandangan ke selatan hingga ke timur laut.
5. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.

Sejauh mana kebenaran beberapa orang yang merekod video hujan meteor di Malaysia masih tidak dapat di pastikan...tapi setelah melihat video ini warga CellAds merasakn Indah sungguh ciptaan Allah s.w.t...
Jom saksikan bersama kami :)





P/S : Siapa malam tadi ada wish kt tahi bintang meteor nih...bertuahnya yg dapat tengok secara live meteor ni jatuh kan?? Fenomena yang sukar di lihat :)

Thursday, 1 August 2013

Pemain Hoki Negara Kemalangan Maut

Berita Di CellAds :-
kemalangan maut Chua Boon Huat


Umum mengetahui, penyerang sensasi hoki negara, Chua Boon Huat telah meninggalkan dunia secara mengejut selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi Khamis akibat sebuah lori yang sedang digunakan untuk menyiram pokok bunga di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong. Beliau memulakan kareer seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain untuk Sukan Komanwel 1998 .

Mendiang yang mempunyai lebih 300 cap mewakili negara pernah muncul dalam dua final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009 .

Kali terakhir beliau beraksi untuk negara ialah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bahru.

Ikuti pula petikan dari blog Malaysian Hockey :

The social media is abuzz with news that 33 year old Chua Boon Huat died in an accident with a lorry at the LDP Highway at 3.30am today. 
I have no means to verify the story yet but if true it is a tremendous loss to Malaysian Hockey and to me. 
Chua and I go a long way back, all the way to 1995 when he turned out for Yayasan NS in the MJHL. 
He holds the record of the most capped hockey international in Malaysia having surpassed Nor Saiful Zaini and S.Kuhan after been given a new lease of life in international hockey by coach Paul Revington. 
A quiet and unassuming person, my last conversation with him took place just a day before the World League commenced in Johor Baru and he enquired about my Mums condition then. 

Words are not flowing freely as I come to terms with this tragedy, praying that its not true.I will indeed miss you my friend.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kawasan kemalangan ngeri itu termasuk keadaan kereta yang dipandu oleh Chua Boon Huat. Amat mengerikan sekali kerana mendiang mati serta-merta di tempat kejadian.