Fenomena di bulan Syawal
Semalam kita di gemparkan oleh berita dari media Malaysia tentang hujan meteor yg bakal turun di Malaysia..
Pasti ramai yg menantikan fenomena indah ini kan??
ni sedikit berita yang dapat kami paparkan yg di petik dari kosmo / Bernama...
KUALA LUMPUR – Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara malam tadi sehingga subuh.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
“Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
“Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.
Katanya, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula pukul 11 malam. – Bernama
Tips Untuk Melihat Hujan Meteor
Di Malaysia, buruj Perseus tetap dapat dilihat jelas kerana berada di ketinggian serendah 35 darjah. Orang ramai boleh melihat fenomena ini apabila cuaca cerah, jauh dari pencemaran cahaya ke arah timur lautserta tidak terhalang oleh sebarang objek.
Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. Antum tidak perlu menggunakan sebarang peralatan teleskop dan antum boleh mengarahkan pandangan ke timur laut pada waktu tersebut sehingga menjelang subuh.
Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:
1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.
2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.
3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.
4. Duduk santai sambil mengarahkan pandangan ke selatan hingga ke timur laut.
5. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.
Sejauh mana kebenaran beberapa orang yang merekod video hujan meteor di Malaysia masih tidak dapat di pastikan...tapi setelah melihat video ini warga CellAds merasakn Indah sungguh ciptaan Allah s.w.t...
Jom saksikan bersama kami :)
P/S : Siapa malam tadi ada wish kt tahi bintang meteor nih...bertuahnya yg dapat tengok secara live meteor ni jatuh kan?? Fenomena yang sukar di lihat :)
Monday, 12 August 2013
Benarkah Malaysia di Hujani Meteor pada 12 Ogos 2013??
19:27
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Give Your Comment Here TQ.