Welcome To CellAds

Please Download Our Application Here http://cellads.net.my/get

Get Us Now!!

From Android Playstore / BB Appsworld

Enjoy Our Redemption

All For Free

It's easy and It's in your hand

Download for free and get redemption free, for more info visit our facebook.

Make Your Ads Here

We Create Colourful Ads.

Thank You For Visit Our Blog

Please visit our website, facebook, twitter and download our application TQ.

Sunday, 8 September 2013

APAKAH KEMANISAN YANG ADA DI ANDROID MOBILE OS?


Cewahhh Si Android ni.. Ada style!
Android adalah Mobile OS yang menggerakkan di lebih 1 billion smartphones & tablet seluruh dunia. Versi pertama di dalam pasaran dilancarkan pada September 2008 dengan terlancarnya smartphone HTC Hero..Tahukah anda kesemua versi Android ini dinamakan bersempena nama bertemakan "sugary treat" atau "desserts" dan di dalam turutan alphabet (kecuali versi 1.0 & 1.1).. Boleh anda namakan semuanya? Jum kita susuri satu persatu versi Android ini dengan bermula versi 1.5 yg dinamakan...



Android 1.5 Cupcake
 Dilancarkan pada April 2009, Android versi 1.5 ini yang pertama dinamakan bersempena dengan tema "dessert series". Versi Cupcake ini mempunyai ciri-ciri untuk "video uploading", "text prediction" dan wireless music streaming"




Android 1.6 Donut
Dilancarkan pada September 2009, Donut telah menambah baik dari versi Cupcake sebelum ini, terutamanya applikasi photo dan video. Google Map juga diperkenalkan.



Android 2.0/2.1 Eclair
Versi 2.0 dilancarkan pada December 2009 & diikuti oleh 2.1 di dalam Januari 2010. Versi ini dikatakan seperti "single release" untuk kebanyakan orang, membolehkan penggunaan Bluetooth, "multi-touch support" dan "live wallpaper", antara ciri-ciri yang lain.

 
Android 2.2 Froyo

Dari perkataan "Frozen Yoghurt" (hmm.. teringat Snogurt), versi 2.2 Froyo ini dilancarkan pada May 2010. Versi ini mempunyai kelajuan OS yg lebih, menyokong hi-definition resolusi skrin dan Adobe Flash 10.1. Kelebihan lain adalah pengguna dapat membuat "stream videos" melalui "mobile browsers" mereka. Ia juga ada tambahan ciri untuk "Wi-Fi hotspot connectivity".


Android 2.3 Gingerbread
Android 2.3 Gingerbread, pertama kali dilancarkan adalah pada December 2010. Versi baru ini menambah baik  penggunaan "Near Field Communications" (NFC), dimana pengguna pembayaran mobile dan penghantaran data hanya melalui "swiping" smartphones mereka ke atas tag. Ia juga ditambah dengan ciri-ciri lebih dari 1 kamera dan lain-lain sensor.


Android 3.0/3.1/3.2 Honeycomb
Dilancarkan pada February 2011 dan pada tahun yg sama melancarkan versi 3.1 dan 3.2, telah menambah beberapa kelebihan ciri-ciri secara berperingkat seperti penambah baikan untuk tablet dan memberi "developer" mempunyai kelebihan di UI. Versi Honeycom ini juga membenarkan pengguna memuat fail media terus ke kad SD.



Android 4.0 Ice Cream Sandwich

Dilancarkan pada tahun yg sama dengan Honeycomb di bulan October, versi ini membuat "major overhaul" untuk Android UI, dengan menambah baik "contact menu", "keyboard layouts" dan kegunaan NFC. Ice Cream Sandwich juga optimise "unified platform" untuk dijalankan di kedua-dua tablets dan smartphones.



Android 4.1.x Jelly Bean
Dilancarkan pada Julai 2012, Jelly Bean meneruskan penambah baik versi Android yang sebelumnya, seperti operasi yg lebih pantas dan lebih "user-friendly". Juga dengan versi 4.x telah memberi "developers" membangunkan aplikasi yang berkualiti di atas platform Android, seperti Cellads aplikasi yg boleh di download terus di Android playstore https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en


Android versi baru 4.4
Cuba teka nama untuk versi Android 4.4 ini yang baru sahaja dilancarkan ini..
Hint : Ingat nama-nama versi Android ini adalah di dalam turutan alphabet.. Jadi selepas "J", apakah alphabet seterusnya??



Di bawah adalah versi CELLADS V1.0.7 yang turut "support" kesemua platform Android Versi 4.1.x Jelly Bean dan ke bawah.. CELLADS adalah aplikasi PERCUMA, UNIK, KREATIF & MEMBERI BANYAK KELEBIHAN KEPADA ANDA...








Saturday, 7 September 2013

APLIKASI TERBAIK UNTUK DATA BACKUP SMARTPHONE ANDROID ANDA

   



Berikut ini adalah beberapa aplikasi yang dapat anda boleh pakai dan direkomen oleh ramai reviewer
dan penganalisa untuk membackup data di Android anda :

1. MYBACKUP


 MyBackup adalah satu dari aplikasi percuma yang sangat popular untuk melakukan backup dari 
Smartphone Android anda. Aplikasi ini bekerja untuk hampir semua smartphones android dan dapat 
mengambil backup dari Aplikasi, Foto, Contact, Call log, Browser Bookmark, SMS (pesan teks), MMS, 
Calender, Sistem Pengaturan, Layar Home (termasuk posisi Shortcut), Alarm , Kamus, Muzik Playlist 
dan anda dapat meyimpan ke memori  SD atau ke tempat penyimpanan online atau cloud computing 
storage anda.


2. TITANUM BACKUP

Backup Titanium mungkin adalah yang paling hebat untuk melakukan backup pada Smartphones Android
dengan disertai bermacam features. Anda juga dapat MENGAMBIL backup bets & Schedule backup. Tidak
hanya itu,  terdapat pilihan untuk backup file anda ke Dropbox. Anda bisa memindahkan segala aplikasi
(atau data-data aplikasi) ke atau dari memory card Anda.


3. MOBILE BACKUP II



Aplikasi Mobile Backup II adalah aplikasi sederhana untuk melakukan backup dan restore data pada
smartphone android anda dengan melalui memori SD pada biler-biler masa dan dimana saja. Aplikasi ini memudahkan anda untuk mem-backup dan mengembalikan data pada smartphone android anda  dalam
memory card SD. Backup data dapat disimpan dalam direktori root dari memory card SD.
Ada banyak aplikasi yang tersedia untuk melakukan backup, tapi dari beberapa aplikasi diatas adalah
termasuk aplikasi terbaik yang dapat anda cuba, try test. Anda dapat memilih aplikasi yang paling sesuai untuk anda. Sering Contact List serta SMS adalah dua hal yang sebagian besar ingin dibackup para pengguna

Untuk Cellads Aplikasi, anda tidak perlu melakukan data backup kerana semua informasi Ads.Point anda
dan yg lain-lainnya kami simpan di dalam data storage facility yang "high security" dan selamat dan bukan
di dalam smartphones anda.. Jika anda menukar smartphone, tapi maintain nombor yg sama, anda cuma
perlu re-download Cellads aplikasi kami di smartphones yg baru dan semua informasi anda dan nilai
Ads.Point yang terdahulu akan di upload setelah anda login ke Cellads aplikasi..
Download CellAds sekarang : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en

REVIEW PERMASALAHAN-PERMASALAHAN DI TABLET ANDROID YANG ANDA PERLU TAHU




Dari segala kemudahan dan kebaikan yang ditawarkan oleh tablet Android, ternyata ia juga menyimpan beragam masalah yang sering membuat penggunanya meradang. Jika tablet Android pada Samsung telah terbukti kesempurnaan sistemnya dan amat menyenangkan kepada pemilik tablet samsung.

Tapi untuk pemilik tablet yang berjenama lain yg lebih murah harganya daripada samsung, mungkin mengalami perkara yg berbeza, kerna pakejnya sekali dgn psikologi efek yg buruk dan menambah angin dibadan setelah beberapa bulan pembelian dibuat. Jenama2 tablet Android yg murah nampak berbaloi dari segi harga tapi tak berbaloi utk emosi dan kedamaian jiwa anda kerana ia mungkin akan bermasalah, setelah hanya beberapa bulan dipakai, seperti :
1. permasalahan yg kerap di aplikasi kamera, sensor dan juga sim card.
2. Touch screen mungkin hanya berfungsi dengan sempurna di awal2nya tetapi selepas itu senggugut dia akan datang dan penyakit "hanged" atau error dengan tiba2 atau "restart" dengan sendirinya tanpa masalah yg jelas akan kerap terjadi.. 
3. Aplikasi di dalam tablet mungkin akan sering crash, bukan salah aplikasi tetapi tablet itu sendiri.
4. data simpanan dalam tablet mudah mengalami masalah.
5. Kalau anda "gamer enthusiast", anda harus mempunyai kesabaran tahap dewa jika mempunyai tablet Android seperti ini. 
6. Seterusnya sistem dan aplikasi menjadi lembab dan tablet itu sendiri menjadi cepat panas.
7. Last but not least, bateri menjadi tiada erti sebab anda harus sentisa caj setelah hanya beberapa minit bateri dah kong. duduklah anda ditepi dinding tu sorang2.. 

Jadi, untuk sesiapa yg berniat utk membeli tablet Android, biarlah membayar lebih sikit tapi gangguan emosi dan jiwa kacau dapat dielakkan. Keluargapun jadi bahagia! Harga tablet Android yg diatas RM1,200 seharusnya sudah bagus.. (harga rasmi yg dikeluarkan oleh distributor bukan harga org yg jual tepi jalan).. tapi check juga ler spesifikasinya dan buat lah perbandingan di antara jenama2 yg lain utk kepentingan dan keamanan diri anda sendiri dan keluarga.

Kami di Cellads prihatin membentuk keluarga bahagia, anda bagaimana?

Utk penjimatan perbelanjaan anda melalui cash voucher sila ke android playstore kami

Friday, 6 September 2013

CELLADS : FREE APP, ENJOY IT & GET PAID!!!

Keuntungan anda bersama CELLADS!!!





















JOM TENGOK 3+1 MOBILE APLIKASI YANG PALING POPULAR BULAN OGOS 2013



Review mobile aplikasi ini teman refer kat blog "androidandme" untuk berkongsi dengan pembaca yang berminat dan sering muat turun mobile aplikasi dari playstore atau yg saja-saja nak baca walau nak download idak ler gamaknye..
Nota : Alat pintar bergerak adalah smart mobile devices seperti komenye smartphones, tab, ipad dan tablet2 yg lain.. bukan apa biler disarikatakan ke bahasa malaysia bunyi cam pelik lak teman rasa.. gamaknya ler..

1. Twilight  



Tak sangka Twilight ni memang mobile app yg 'kemah-keming' No 1 popularitinya untuk beberapa bulan lepas.. Tau tak Twilight app ini utk apa? Bukan game app dan tiada kaitan sedara ngan Twilight movie tu.. ofis aplikasi pun bukan.. ishhh, 18sx pun idak.. Rupanye Twilight app ni untuk membuat skrin alat pintar bergerak korang mengadaptasi suasana hari mengikut masa.. app ni boleh menapis spektrum biru di alat pintar bergerak anda selepas matahari terbenam dan menjaga mata kome dengan 'red filter' yang lembut dan selesa.. Ini kerna, dari kajian saintifik, jika mata terdedah kepada warna biru secara berlebihan sebelum nak tidur boleh menyebabkan rentak semulajadi badan anda (atau circadian - pak google tolong translatekan)  terbantut dan menyebabkan susah nak tidur.. Teman pun baru tau ilmu ni.. Walau teman dulu belajo camner nak kira gelombang cahaya utk komunikasi dari satu poin ke satu poin, tapi yg ni baru utk teman.. yg seingat teman  masa zaman2 remaja dlu, kalu tak leh nak tidur kene tengok cerita kaler camtu.. tettt.. tettt.. tettt.. (tanda ada censorship board tengah menjalankan tugas.. hehehehe)

Nak cuba Twilight app ni boleh ler download di android playstore di link https://play.google.com/store/apps/details?id=com.urbandroid.lux


2. Network Signal Booster Pro




Namanya pun dah camtu,maka app ni diberitakan utk menambah baik network signal di telefon pintar kome.. Tak banyak diberi huraian dan penerangan secara teknikal maka teman pun tak der ler nak komen lebih-lebih.. Tapi kalau tiang tower operator yg cam penuh dengan cendawan besi tu merudum dekat dgn tempat kome berada, pakai ler booster apa-apa pun, signal kat fon kome tu pasti tinggal SOS jer.. Tak caya cuba rudumkan tower telekomunikasi yg kome telah pilih utk dibuat percubaan.. 

Utk download app yang ni, kome kene cari sendiri kat android playstore sebab teman tak jumpa ler.. tak leh nak bagi url dia yop.. Nak tau dia ni betui ke idak, sila lah download si booster nie kat playstore yer... 




3.  Homestyler App 





Homestyler app ni memang style yop! kome boleh amik gambo bilik atau ruang tamu atau mangkuk tandas dan mulakan desain semaunya dan segeramnya.. kalu kome buat sebelum tidur jgn lupa download twilight app dulu utk tapis spektrum biru..takut nnti habis desain, tak leh nak tidur.. nnti kome download app yg berunsur biru pulak.. app ni memang senang nak dipakai dan dapat menterjemahkan inspirasi dan ilham desain anda ke dalam desain sebenar rumah anda.. Hebat toq! penggunaan produk-produk real di dalam rumah memberi impak maksima kepada desain anda.. wa cakap lu.. Rock.. Oooo!!!
Memang baguih app ni walau teman belum penah cuba lagi.. teman gamaknyer ajer lepaih baca informasi app dia..
Kalau nak cuba boleh ler klik link dibawah utk download Homestyler app.. Selamat mendesain posisi baru mangkuk tandas dalam bilik tidur yer yop.. hehehehe.. 



 
+1. JOM BUAT MOBILE APP




Yang +1 ni sebenornye teman reserve utk mengkome nye bisnes mobile app..  Biler lagi nak review utk lokal produk, asyik review yang obersee punye jer.. iyer tak?? kalau sesiapa empunye mobile app boleh ler bagi nama mobile app anda dan sedikit deskripsi ke info@cellads.net.my.. Kami akan menceritakan tentang mobile app anda tu nanti dan akan beri sikit review dan link utk pembaca2 lain download terus.. Dpt kami promote mobile app kome tu.. jgn risau kami buat PERCUMA aje, nak naikkan nama produk Malaysia.. Baru menyambut kemerdekaan ke-56 katakan, semangat patriotik dan nasionalisma masih kuat ni..




Kepada yg tak der lagi mobile app utk bisnes anda, sekarang adalah masa terbaik utk mula memikio membangunkan nya.. Sebabnya pemakai alat pintar bergerak udah makin lama makin ramai.. Dikatakan sekarang ni udah seramai 12-15 juta orang yop! itu baru mesia, luar negara konfirm lagi ler ramai.. Pastu alat pintar bergerak ni sentiasa melekat ngan tuannya, memang efektif sesangat utk pemasaran bisnes anda.. Ini sudah jadi satu alat pemasaran bisnes yg baru dan efektif kan, iyer tak? Jadi rase2nya camner gamaknye nak menyampaikan dan kaborkan tentang bisnes & promosi kome di alat pintar bergerak deme-deme ni? Mobile app jawabnya yop weiii!!! Sekarang ni semua syarikat yg besor dah lama mengorak langkah mengadaptasi bisnes di alat pintar bergerak seperti groupon, mudahdotcom, Domino, GSC dan banyak lgi.. social network yg web-base seperti fesbuk, blogs dan lain-lain, semua udah lagi lama mengadaptasinya..kalu idak bisnes mereka lama terkubor nyer.. 

Dah siap mobile app kome tu nnti, kami akan buat all rounder promosi utk mobile app & bisnes kome melalui Cellads app kami.. yer ler, kalu udah ada mobile app, camner lak nak suruh org download, kene ler promosi kaw2.. lgi ramai download lagi efektif mobile app anda.. mobile developer lain boleh bangunkan aje tapi promosi dia tak buat, bukan keroje dia katanya..  Pastu Cellads boleh kolaborasi utk buat "Customer Loyalty Program (CLP)" bisnes anda.. tak yah pening2 nak bayor sistem CLP berpuluhan ribu dan pastu serabut kepala memikio apa barangan atau baucer tebusan yg nak diberi.. Di Cellads kami udah sediakan semuanya utk bisnes anda..

  .

Untuk lihat camner fungsi Cellads ni sile download di playstore.. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en 
Kalau berminat utk mengetahui lebih tentang bagaimana membangunkan mobile app anda, sile ler emel kepada kami di info@cellads.net.my - nama syarikat sdn bhd anda, contact person n no phone utk kami menelepon utk set temu-janji..
SMART BUSINESS GOES MOBILE!!!  Cewahhh teman ni.. baru lepaih makan potato chips cicah mayonise tadi.. tu yg tiba2 rase nak speaking sikit.. hehehee.. 

Thursday, 5 September 2013

REVIEW TENTANG 2 SMARTPHONES ANDROID YG TERHEBAT DI TAHUN 2013 SETAKAT INI



HTC ONE
HTC ONE di review sebagai smartphone Android yg terhebat di tahun 2013 setakat ini.. Heran takder lak ramai pakai HTC kat mesia ni.. Walau bagaimanapun, sesiapa yg pakai HTC ONE harus berbangga dengan review ni.. diberi pujian melambung ke atas desain yg hebat & menarik dan juga sebahagian "feature" dia dikatakan yg terbaik pernah smartphone dibuat utk android platform.. Ini mat saleh review, bukan cikgu saleh dalam "Oh! my english" tu tau... Near-perfect screen dengan kaler dan pandangan angle yg mantappp.. "Incredibly speedy performance" tulihnya, dan kualiti audio nya yg paling tip top yg pernah ada di dunia android setakat ini dan kamera dgn Ultra Pixel terbahekkk utk suasana romantik.. cahaya yg cam sepoi-sepoi bahasa gitu..
TAPI....

kamera dia bagus sampai kat situ jer dan keseluruhannya tak sampai ke tahap yg sepatutnya dan yg selalu HTC angin-angin kan.. Pada sesiapa yg tak reti nak alter gambo pakai photoshop tapi suka sangat kejap2 angkat handphone, buat kepala ngereng sikit dan cuba bermacam memek muka yg ter cute habis tu, dan tak kira dimana,  dinasihatkan usah ler beli HTC One ni.. nanti buat hilang mood jer tiap-tiap hari, atau mungkin tiap-tiap sejam sekali bad mood..  Okay kita gi yg nombor 2 lak..


SAMSUNG GALAXY S4
Galaxy samsung S4 ni di review jatuh ketempat ke-2 selepas HTC ONE.. yerr kerrr???? deme mat saleh kat US kate ler tapi cikgu saleh tak kata apa2 pun.. Utk review Galaxy S4 ni, kalau Galaxy S3 pun dah hebat, apa lagi yg baru jadi no. 4 ni.. muda, comel, bergetah dan bergaya lebih dari yg no. 3 .. memang sudah adat.. hehehee.. Tukang review ni juga kata terlampau banyak nak cerita pasal kehebatan Galaxy S4 ni, tapi yg paling nyata dan terhebat adalah kamera dia  yg menjangkau 13-megapixel tu.. Fuyyoo GempaQ!!!
TAPI.... ha'ah ada tapi nya..
Utk "TouchWiz UI" dia masih tidak menarik.. Tau ke apa TouchWiz UI tu yop? tak tau kalu, pak google ada.. tak tido lagi dia tu rasanyer.. tapi kalu dia tido pegi bayor pengeras kat telekom, boleh dia gerak pak google tu nanti lepas bayor.. peringatan utk teman juga! Seterusnya, juga ada sedikit2 lagi yg masih kurang terutama performance yg kengkadang tersenguk-sengguk dan amat mengharukan untuk smartphone yg bernama Galaxy S4 dan pastu juga Samsung ni guna cover plastik aje.. Cam tak real mat saleh tu kata dalam review.. like cheap cheap one..


CELLADS
Di Cellads kami support semua jenis android smartphones tak kira asal usul, keturunan dan warna cover dia.. dari yg dah masuk ke muzium android sampai ker yang buat catwalk keanggunannya bersama-sama tuannya.. Boleh download terus dari android playstore sekarang  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cellads&hl=en dan juga utk Blackberry..
TAPI
iPhone belum lagi, sebab susah bebenor nak dpt approve dari itune utk aplikasi yg canggih macam Cellads ni.. Cuma ada 1 dalam dunia.. Cewahhh..
Cube lerr.. jgn malu-malu.. kalu baguih bagitau org lain, kalu tak baguih email ke kami di info@cellads.net.my utk kami bagi baguih lagi utk anda semua..

Tuesday, 3 September 2013

Naik 20sen jer tapi kena 20hengget..

Kenaikan harga Petrol & diesel sebanyak 20sen semalam telah membuat kezutan yang hebat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.. 20 sen tu memang tak banyak tapi impak "domino effect" selepas kenaikan 20sen tu yang menjadi kerisauan kita semua.

Di beritakan kenaikan kos akan terjadi di kesemua industri, seperti :
1. harga tiket bas akan naik 5% - 30% dan juga dijangka pemandu teksi yang cuba tidak memakai meter juga akan bertambah 5%-30%..
2. Nelayan terpaksa mengorek poket yang sememangnya bocor utk tambahan sebanyak RM12 sehari, menjadikan RM360 sebulan. Agak2 berapa harga seafood akan naik?
3. Kadar inflasi akan bertambah di antara 3% - 4% daripada 2% di bulan July.
4. Kos operasi syarikat lori akan bertambah dari 5% - %8 : jadi mana-mana barang yang dihantar naik lori pasti akan terbabit.
5. Dan banyak lagi yg kalau tulis berjela2 macam buat buku pulak..

Dari dek naik 20sen jer tapi menanggung kos perbelanjaan yg lain mungkin menjadikan harga kenaikan petrol bukan 20sen per liter tapi RM20 hengget!!!



Untuk melawan kenaikan barangan selepas kenaikan 20sen ini agak mustahil dan kebocoron poket pasti dirasai terutama kepada penduduk di bandar2 besar yang terpaksa membayar tol, penggunaan petrol yg lebih sebab dek jem setiap hari, selain daripada tambahan belanja2 yg lain dek kerana tambah 20sen seliter petrol.


Kita sendiri harus mencari jalan utk mengurangkan perbelanjaan seharian yang mungkin kita dpt elakkan, selain dari mengharap - kalaulah petrol boleh diganti ngan air atau kalaulah aku duduk dikampung atau kalaulah aku tak kawin 2 hari tu(hehehe) atau apa2 kalau lain lagi yg mungkin tak akan terjadi..

Utk melawan inflasi keluarga kita, mungkin ini sedikit langkah2 utk difikirkan dan diambil tindakan seterusnya :
1. Bagaiman untuk kurangkan perbelanjaan kos panggilan pre-paid anda atau anak2 anda.. cek mana operator yg offer pre-paid yg murah.
2. Perokok.. hmmm.. hmmm..
3. Masak pepagi dirumah dan bawa ke ofis.
4. Utk barangan rumah, lihat offer2 yg terbaik dari Mydin, Giant, Tesco dan seangkatan dengannya..
5. Kurangkan perbelanjaan yg tak penting utk kepentingan soru keluarga..
6. Join syarikat yg menawarkan penebusan utk cash atau diskaun voucher yg dapat mengurangkan beban perbelanjaan, lebih2 lagi pengumpulan mata ganjaran yg percuma dan penebusan yg percuma seperti di Cellads

Di Cellads kami akan cuba mendapatkan voucher2 yang dapat mengurangkan kesesakan poket anda, dimana anda dapat menebus dengan percuma tanpa membuat apa2 pembelian..
Sekarang kami ada penebusan voucher percuma utk :
1. KFC/McD/Pizza Hut : RM5
2. Topup prepaid Celcom, Maxis, Digi, Tunetalk : RM5
3. AEON : RM10
4. GSC : RM15


Mungkin anda boleh beri kami suggestion utk voucher2 yg dapat membantu bersama melawan inflasi di dalam perbelanjaan keluarga kita dirumah.. Download kami secara percuma di Android Playstore

https://play.google.com/store/search?q=cellads&c=apps&hl=en



Sunday, 1 September 2013

Sejarah tentang Smartphones yang anda mungkin tidak tahu???


Apakah itu Mobile OS?
Mobile OS atau 'mobile operating system', adalah sistem operasi yang menjalankan smartphone, tablet, PDA atau 'digital mobile device'. Mobile OS adalah seperti 'operating system' untuk laptop atau PC kita yang kebanyakan kita guna 'Windows Operating System'.  Dengan adanya Mobile OS ini, maka penggunaan aplikasi-aplikasi software dapat disediakan dan digunakan di atas 'digital mobile device' yang disebut di atas, seperti aplikasi GPS, digital camera, bluetooth, peggunaan mobile internet dan juga aplikasi-aplikasi luar seperti instangram, wechat, games, whatsapp, Line dan banyak lagi.

Antara Jenama Mobile OS yang diperkenalkan dipasaran..
Ada yang tak pernah didengar langsung kan?



Tapi tahukah anda smartphones untuk iPhone, Samsung, HTC, Sony, Nokia dll mempunyai Mobile OS yang berbeza-beza dan diantaranya pula menggunakan Mobile OS yang sama?? Oleh kerana berbeza Mobile OS di antara smartphones yang ada di pasaran, maka berbeza juga lah cara mobile aplikasi dibangunkan untuk setiap Mobile OS ini.


Tahukah anda Smartphone yang pertama didunia??
Smartphone yang pertama adalah IBM Simon yang telah dilancarkan pada tahun 1994.Tetapi IBM Simon ini hanya sekadar berkebolehan untuk touchscreen, email dan dengan sedikit ciri-ciri laptop sahaja, tidak seperti Smartphones sekarang ini yang ciri-cirinya lebih daripada email dengan berbagai-bagai aplikasi kepintaran yang lain.

Ini lah dia Smartphones pertama didunia - IBM Simon
Father to all smartphones!!!
Cuba teka kenapa handphone ni tak sampai ke Malaysia? 

Tahukah anda sebelum smartphones adalah era PDA??
Pada tahun 1996 'Palm Pilot 1000 personal digital assistant (PDA)' telah diperkenalkan dengan  Palm OS sebagai Mobile OS. Kemudian Pada tahun 2001, Kyocera 6035 dengan Mobile OS yang sama dan Windows CE dilancarkan oleh microsoft untuk PDA berjenama seperti HP. Fungsi PDA hanya terhad dan hanya tertumpu kepada untuk menerima dan membalas email dan 'calender planner', selain daripada memiliki ciri-ciri yang sama seperti mobile phones yang lain ketika itu.. 


Dulu kira hebat ni brader.. Gaya, Mutu dan Keunggulan kata..
Kalau ada meeting kat luar, kalu tak der ni better cari excuse tak masuk meeting.. 

Tahukah anda Mobile OS smartphones yang pertama di dunia??
Sebenarnya, Symbian adalah moden mobile OS yang pertama digunakan di smartphone dengan pelancaran Ericsson R380 di pasaran di dalam tahun 2000. Kemudian telah digunapakai oleh Nokia untuk hampir keseluruhan model mobile phones mereka yang baru pada sekitar tahun tersebut.

Father to all Mobile OS!!!

Tahukah anda bila Blackberry diperkenalkan dengan menggunakan RIM Mobile OS??
Blackberry diperkenalkan pada tahun 2002. Kebanyakan orang melihat, dengan pelancaran Blackberry di dalam pasaran, maka bermula lah zaman kegelapan untuk Symbian dan PDA. Ini kerana fungsi-fungsi smartphones dan PDA telah diadaptasikan di dalam Blackberry dan Blackberry telah menambah fungsi Blackberry messenger (BBM), komuniti sosial yg pertama di dalam mobile phone, yang menjadikan Blackberry begitu popular sehingga penghujung 2011.
Tetapi pada tahun 2013, Blackberry telah melancarkan produk mereka, iaitu Q series dengan Mobile OS yang dinamakan Blackberry 10.
BB dengan RIM Mobile OS..
Banyak BB nyer produk range kan? Kat Malaysia cam sikit jer



Tahukah anda Mobile OS utk smartphones di Malaysia??
Selain daripada Blackberry Mobile OS (RIM dan Blackberry 10), ada beberapa mobile OS yang dominan di dalam pasaran smartphones di Malaysia, seperti :

1.   iOS 


Telah dibangunkan oleh Apple untuk Mobile OS "digital mobile device" dan telah diperkenalkan pertama kali di pasaran pada tahun 2007 sebagai fungsi "mobile phone" and "internet communicator." Iphone dikatakan sebagai pencetus revolusi 'mobile broadband' (dari 1G kepada 2G kemudian 2.5G, 3G dan seterusnya) di Amerika. Ini kerana populariti penggunaan Iphone yang bertambah, maka permintaan untuk penggunaan mobile internet menjadi bertambah dengan hebat, dimana mobile operator ketika itu hanya fokus kepada perniagaan 'voice' dan sms sahaja.  



2.  Window Phone 

telah dibangunkan oleh Microsoft untuk smartphones Nokia yang terbaru pada tahn 2010.


3.   Android
Free & Open Source
Dibangunkan oleh Google


Android Telah dibangunkan oleh Google dan dilancarkan pada tahun 2009 dengan berkonsepkan Mobile OS yang percuma dan terbuka (Open Source). Androids telah diguna pakai oleh Samsung, HTC, Ericsson, Sony. 

 Andorid versi terbaru adalah versi 4.3 dan setiap android versi dinamakan bertema "sweets or desserts items" seperti 'Cupcake (1.5), Frozen Yogurt ("Froyo") (2.2), Ginger Bread (2.3), Honeycomb (3.0), Ice Cream Sandwich (4.0) and Jelly Bean (4.1)'.
Oleh kerana Open Source, Android diguna pakai oleh banyak pengeluar smartphones sebagai Mobile OS mereka. 


Masih tertanya-tanya kenapa Google pilih nama Versi Android mereka camni..
Ada sesiapa yg tau mai habaq kat comment dibawah.. thks


Tahukah anda Apa itu Cellads??


Teka mana satu logo Cellads???

  • Cellads adalah satu mobile aplikasi yang telah dibangunkan di atas platform Mobile OS RIM (utk Blackberry) & Android (dari versi 1.5 sehingga 4.3). Pembangunan aplikasi Cellads bermula pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2012
  • Cellads dilancarkan secara tidak rasmi pada bulan April 2013 di Hard Rock Cafe KL.
  • Cellads adalah aplikasi percuma dengan berkonsepkan mata ganjaran dan penebusan percuma di mobile aplikasi untuk subscribers Cellads. (Mata ganjaran juga diperolehi dengan percuma).
  • Cellads boleh di download dari android playstore dan BB Appworld, atau klik link di bawah dari android atau BB anda sekarang!!.
  • Muat Turun Cellads Sekarang!!! 
  • Banyak Cash Voucher boleh ditebus.. Topup prepaid pun ada..
    PERCUMA Semuanya utk Cellads Subscribers