Saturday 5 October 2013

BAGAIMANA MOBILE APLIKASI DAPAT MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PERNIAGAAN ANDA?







Smartphones atau telefon pintar telah menjadi satu trend di dalam penggunaan 'mobile phone' di masa kini dan akan menjadi satu "lifestyle" oleh semua orang tidak kira peringkat umur, lokasi atau status sosialnya mereka. Alasan yg paling mudah, pengeluar mobile phones tidak akan lagi mengeluarkan mobile phone yg dipanggil 'feature mobile phone', iaitu mobile phone yg ada sebelum era telefon pintar.  Kalau dulu Nokia yg terhebat untuk 'feature mobile phones', tapi kini telah merudum kepopularitian dan kewibawaannya di era telefon pintar.
Antara statistik atau informasi yang berkaitan dengan telefon pintar :
  • Lebih 1 billion daripada 4+ billion pengguna mobile phones seluruh dunia adalah  pengguna telefon pintar.
  • Dijangka pada 2014, penggunaan 'mobile internet' akan melebihi daripada komputer atau laptop internet. 
  • Di tahun 2012, lebih daripada 50% carian lokal atau aktiviti SEO dilakukan melalui dunia telefon pintar.
  • Di Malaysia pengguna telefon pintar pada 2012 adalah 30% daripada keseluruhan pengguna mobile phones, iaitu sekitar 9juta orang daripada keseluruhan 30juta pengguna mobile phones (melebihi daripada jumpal penduduk malaysia, 26juta).
  • Dijangka di tahun 2013, dunia telefon pintar di Malaysia akan meningkat kepada 50%.
  • Mobile aplikasi atau 'mobile app' menjadi trend perniagaan atau wadah media yang baru kepada pengguna-pengguna telefon pintar. 
Mobile aplikasi akan menjadi penting kepada mana-mana perniagaan yang mahu melonjak ke dalam dunia telefon pintar, kerana penggunaan 'mobile internet' akan menjadi satu kebiasaan dan keperluan kepada pengguna-pengguna telefon pintar. Syarikat-syarikat gergasi dunia seperti facebook, groupon, instangram dan juga aplikasi yg baru muncul seperti wechat, whatsapp, wase dll kesemuanya telah mengadaptasikan servis mereka di dalam dunia telefon pintar melalui mobile aplikasi masing-masing.
Persoalan kepada kita yang mempunyai perniagaan, sama ada perniagaan konvensional atau online, apakah kita telah berfikir dan bersedia untuk mengadaptasikan perniagaan yang sedia ada kepada platform telefon pintar dengan mengadakan mobile aplikasi perniagaan sendiri dan tahukah bagaimana caranya??? Juga persoalan yang harus dipikir adalah bagaimana mobile aplikasi dapat memberi lebih impak kepada perniagaan anda yang sedia ada??? atau anda hanya lebih kepada mengikut trend sahaja???
Disini kami ingin berkongsi informasi bagaimana mobile aplikasi dapat membantu di dalam perniagaan anda yang sedia ada, selain daripada dapat menjadi pengikut trend masa kini untuk perniagaan anda .



1. Mobile Virtual Office & Mobile Store yang efektif..

Kalau facebook, blogs atau platform online yang lain adalah untuk 'online store or marketing', tetapi dengan mobile aplikasi perniagaan anda ia dapat mengadakan 2 dalam satu, iaitu 1. "Virtual Mobile Office" yang efektif dan 2. wadah baru untuk 'mobile Store' anda. 
Bagaimana? :
  • Dari mobile aplikasi perniagaan, anda boleh mengadakan "Virtual Mobile Office" yang efektif untuk menguruskan dan melihat terus inventori, tugasan-tugasan pekerja, dan lain-lain urusan di pejabat anda walau di mana sahaja berada, selagi telefon pintar anda tidak kehabisan bateri atau kehabisan talian hayat limit/kredit operator.
  • Memudahkan pelanggan-pelanggan mengakses ke setiap laman elektronik perniagaan anda (seperti website, facebook, blogs, youtube, instangram dll) dimana2 sahaja mereka berada, seperti di dalam lrt, teksi, menunggu kawan atau boyfriend dll, hanya dari satu platform sahaja di telefon pintar mereka. Maka pertambahan masa melayari perniagaan anda sudah tidak lagi terhad dan mereka juga dapat membuat panggilan terus kepada anda kerana telefon sudah ditangan mereka. Mungkin anda akan dapat banyak jualan online pada masa pelanggan-pelanggan tersebut berada di dalam kesesakan lalulintas yang hebat. 
  • 'Centralise customer service' iaitu segala persoalan atau komen2 dari pelanggan anda atau 'online visitors' di kesemua online platform dapat di integrasi di satu platform sahaja dan bersama anda setiap masa dan dimana2 sahaja. Maka secara peribadi dapat menjawab pertanyaan atau komen dari pelanggan secara terus dan memastikan servis pelanggan yang tip top. . 



2. Sentiasa Bersama Pelanggan Anda - Online atau Offline

Jika mobile aplikasi perniagaan anda di muat turun oleh pelanggan2 di telefon pintar mereka,perniagaan anda akan sentiasa bersama mereka walau mereka tidak online. Kalau sekarang ini, pelanggan anda harus berada di hadapan laptop atau PC mereka dan harus online, tetapi dengan mereka telah memuat turun mobile aplikasi perniagaan anda, mereka dapat mengaksesnya dimana2 sahaja mereka berada.  Jika anda 'pre-upload' produk2 atau promosi-promosi di mobile aplikasi perniagaan anda, mereka masih akan dapat melihatnya walau berkeadaan offline.

Tak percaya?? cuba download 1 mobile aplikasi dan setelah sukses cuba anda offline telefon pintar anda. kemudian akses mobile aplikasi tersebut. Anda akan masih dapat melihat sebahagian informasi2 yg disediakan di dalam mobile aplikasi tersebut yang sebenarnya telah dimuat naik terlebih dahulu dan disimpan di dalam mobile aplikasi tersebut. Tetapi informasi yg dapat dimuat naik ini adalah terhad dan bergantung kepada faktor2 saiz dan bagaimana dinamik aplikasi anda untuk proses memuat naik dan menyimpan kandungan2 tersebut.


3. Promosi atau kempen yang efektif

Anda dapat menyediakan satu pendekatan yang efektif untuk promosi atau kempen perniagaan di mobile aplikasi anda kerana mereka akan melihatnya terus di telefon pintar mereka. Antara promosi-promosi yang dapat disediakan atau dijalankan di mobile aplikasi perniagaan anda adalah :

1. Push-note atau push-notification
Dengan push-note ini anda dapat menghantar informasi promosi anda kepada kesemua pelanggan atau sesiapa sahaja yg telah memuat turun mobile aplikasi anda dengan percuma. notifikasi 'push-note' adalah seperti "pop-up" sms yang mereka dapat melihatnya di telefon pintar mereka. Dengan "push-note" ini anda boleh mengadakan pelbagai promosi atau mengingatkan mereka tentang promosi yang akan atau sedang dijalankan secara "real-time".

2. Menyediakan satu menu di mobile aplikasi anda khusus untuk mewar-warkan produk-produk promosi yang akan berjalan atau sudah berjalan. 
3. Menggunakan mobile aplikasi anda yg telah dimuat turun sebagai bukti untuk mendapatkan diskaun yang anda sediakan. Ini akan menambah pelanggan-pelanggan yang lama atau yang baru untuk memuat turun mobile aplikasi anda untuk membuat penebusan diskaun. Walau di mana mereka berada, mereka dapat terus menuju ke premis perniagaan anda dan seterusnya membeli produk2 anda untuk mendapatkan promosi diskaun, tanpa perlu untuk 'print' atau menggunting keratan akhbar atau membawa flyer, yang mereka juga mungkin sudah lupa dimana mereka telah letakkan 'promosi fizikal' tersebut.




4. Komuniti Perniagaan anda

Dengan jumlah pelanggan atau sesiapa yang memuat turun mobile aplikasi anda, secara tidak langsung telah menjadi ahli komuniti perniagaan anda di dalam dunia telefon pintar. Ini akan menguntungkan perniagaan anda kerana dengan tersedianya komuniti perniagaan anda sendiri, anda dapat mengadakan "Customer Loyalty Program" (CLP) tanpa perlu mengeluarkan modal untuk mengadakan sistem untuk CLP tersebut. Secara lama kelamaan, komuniti anda akan bertambah dan berganda dan hasil jualan daripada komuniti mobile aplikasi anda sendiri mungkin sudah cukup untuk mendapatkan jualan minima yang diperlukan bagi menguruskan kos-kos operasi perniagaan anda.




5. Perniagaan anda tersedia di pasaran dunia
Dengan mempunyai mobile aplikasi di playstore (android) atau itune(I-phone) atau AppWorld (BB) atau kesemuanya, secara otomatis anda akan mempunyai laman-muka perniagaan anda sendiri di dunia telefon pintar. Ketiga-tiga tempat ini dapat diakses oleh kesemua pengguna telefon pintar di seluruh dunia, mengikut jenis-jenis telefon pintar yg seperti diatas, dan dapat memuat turun mobile aplikasi anda, jika mereka berminat untuk mengetahui produk-produk anda dengan lebih lanjut. Bayangkan, mungkin ada mat saleh di England atau black di Afrika atau pak Arab di Dubai memuat turun mobile aplikasi anda adalah merupakan seorang peniaga yang sememangnya mencari produk2 seperti apa yang ada di perniagaan anda, maka mobile aplikasi anda berpotensi melonjak perniagaan anda dan menjadi satu wadah pemasaran perniagaan global yang sangat efektif (dan tiada kos tambahan pula tu) tanpa anda sendiri sedarinya. Menarik bukan?

Bagaimana untuk semua ini dapat terjadi??? Bagaimana untuk memulakan wadah perniagaan di dalam dunia pintar dengan kos permulaan yg rendah?? Jika anda berminat, sila email kepada kami di info@cellads.net.my dan tinggalkan nama anda dan syarikat dan nombor yg dapat kami hubungi untuk membuat temu-janji agar kami dapat menjelaskan dengan terperinci bagaiman untuk anda melonjakkan perniagaan anda di dalam dunia telefon pintar yang semakin menjadi trend dan "lifestyle" terkini.

CellAds, mobile advertising kami yang terbaru, dapat meluaskan promosi perniagaan anda di dunia telefon pintar.. Jika anda memakai telefon pintar android atau blackberry sila klik link http://cellads.net.my/get untuk memuat turun mobile aplikasi kami yang unik dan kreatif ini..

1 comments:

  1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete

Give Your Comment Here TQ.